BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Mac 2010

EPILOG CINTA ITU MILIK KITA

"Syaza," Nazrin bersuara apabila menghentikan kereta mewahnya disebuah taman. Syaza tidak bersuara.

"Maafkan saya sebab tak percayakan awak. Selama ini saya ditipu,"lirih Nazrin. Begitu licik rancangan Shida sehingga dia pun boleh terpedaya.

"Maafkan saya juga. Kita sama-sama terperdaya. Dan ianya datang dari orang yang paling kita tak sangka. Saya kesal Nazrin. Sembilan tahun saya berkawan dengan dia. Saya anggap dia kawan sejati saya. Rupa-rupanya dia tidak ikhlas berkawan dengan saya. Selama ini, dia yang pujuk saya bila saya fikir awak yang kenakan saya. Tapi rupa-rupanya dia yang lakukan semua ini. Saya tak sangka langsung! Kenapa semua ini boleh terjadi? Kenapa?!" air mata mula mengalir dari mata Syaza. Rasa sebak, kesal, marah dan geram semuanya bercampur aduk menjadi satu.

"Semuanya sdah berlala. Apa kata kita mulakan kehidupan baru. Kita lupakan kenangan lama. Sudahlah menangis. Buruk benar saya tengok," dalam situasi itu sempat lagi Nazrin mengusik. Syaza mencebik. Selepas itu Nazrin ketawa. Syaza terpaku. Kemudian dia menangis semula.
"Kenapa nangis lagi ni?" tanya Nazrin cemas. Kali pertama dia tengok air mata Syaza tumpah sebanyak ini.


"Kali pertama saya tengok awak ketawa tanpa sinis selepas kejadian itu. Saya bersyukur semua ini dah berakhir," kata Syaza dalam sedu. Nazrin mengeluh. Nampaknya dia telah banyak melukakan hati wanita kesayangannya itu. Wanita kesayangan? Ya, wanita kesayangan. Baru sekarang ini dia berani mengaku wanita itulah wanita kesayangannya. Egonya telah dibuang jauh-jauh. Ego itulah yang menyebabkan wanita kesayangannya sengsara.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya banyak sakiti hati awak," kata Nazrin kesal. Syaza menggeleng.

"Ini bukan salah awak seratus-peratus. Kita diperdaya. Jadi jangan salahkan diri sendiri. Saya cukup bersyukur sebab kebenaran sudah terungkai," kata Syaza pantas. Dia tahu dia juga bersalah sebab menuduh Nazrin yang menyeksanya. Sedangkan itu perbuatan Shahida.

"Mungkin saya terburu-buru, tetapi kita dah banyak bazirkan masa. Syaza, sudikah awak menjadi suri dihati saya, anak kepada papa dan mama saya, ibu kepada anak-anak saya nanti?" tanya Nazrin tiba-tiba. Syaza tersentak.

"Saya tak sesuai dengan awak Nazrin. Betul kata Shida tadi. Saya miskin, tiada ibu bapa, manalah sesuai dengan awak. Lagipun ibu bapa awak pasti membantah. Mereka tentu lebih sukakan Shida sebagai menantu mereka," Syaza menolak. Walaupun dia begitu mencintai Nazrin.

"Saya tidak mungkin akan kembali kepada Shida kembali. Pasal ibu dan bapa saya, awak jangan risau. Saya akan cuba berbincang dengan parents. Pada pertama kali kita berbual, awak suruh saya berbincang baik-baik dengan mereka. Sekarang, saya nak cuba. Awak harus percayakan saya," Nazrin memandang Syaza dengan penuh harapan. Syaza membalas renungan mata Nazrin. Terharu kerana Nazrin masih mengingati cadangannya walaupun telah sembilan tahun berlalu.

"Say.. Saya tak tahu nak cakap apa Nazrin," air mata Syaza kembali mengalir.

""Awak setuju?" tanya Nazrin tidak sabar.

"Ya," akhirnya Syaza menyerah pada perasaannya. Nazrin tersenyum gembira.


"Saya janji tak akan lukakan awak lagi. Saya janji!"

"Saya percaya pada janji awak tu," kata Syaza sambil mengelap air matanya dengan sehelai sapu tangan berwarna biru.

"Ni sapu tangan saya yang saya berikan pada awak sembilan tahun lalu, kan? Awak masih simpan lagi?" tanya Nazrin sambil memandang ke arah sapu tangan itu dengan mata yang bulat. Dia tidak percaya!

"Mestilah. Awak yang bagi. Tapi waktu tu perangai awak baik lagi," usik Syaza. Nazrin tersenyum.

"Saya bersyukur kerana semua kekusutan telah terurai. Sama-sama kita lupakan kenangan yang pahit dan mulakan hidup baru. I love you," kata Nazrin romantis sambil mengambil sapu tangannya lalu mengelap air mata Syaza.

'Akhirnya cinta kita kembali jua... Jika ia milik kita, pasti ia akan kembali,' bisik hati Syaza.
Semoga cinta ini kukuh buat selama-lamayna..Amin.

0 ulasan: