“Lucu sangat ke sampai ketawa kuat sebegitu?” sindir Nazrin pedas. Muka Syaza menahan marah. ‘Suka hati orang larh nak ketawa. Tak kan nak kena minta kebenaran kot,’ marah Syaza dalam hati.
“Hai Nazrin. Lama tak jumpa,” sapa Haikal sambil tersenyum. Nazrin berpaling ke arah Haikal. Wajahnya mengambarkan rasa terkejut namun segera bertukar dengan senyuman sinis.
“Ya. Lama tak jumpa kau, kawan lama,” kata Nazrin. Dia sengaja menekankan perkataan kawan lama. Lama Nazrin dan Haikal berpandangan. Syaza cemas melihatnya. Sejak dari sekolah rendah lagi mereka memang terkenal. Terkenal dengan permusuhan yang hebat. Mereka berdua sering bersaing dari segi pelajaran maahupun kokurikulum. Setiap orang di sekolah tahu tentang permusuhan mereka. Malah tiada siapa berani mencelah setiap kali mereka berbalas pandangan.
Kecut perut jadinya melihat renungan tajam seperti ada laser di antara mata mereka. Permusuhan mereka juga tidak pernah padam sehingga Haikal berpindah ke sekolah lain mengikut ibubapanya. Namun, dari renungan tajam dan kata-kata sinis antara mereka membolehkan Syaz
a membuat andaian yang
permusuhan mereka masih tidak terlerai.
“Kenapa?” tanya Nazrin. Dia menukar pandangan tajamnya dari Haikal ke Syaza. Kecut perut Syaza jadinya. ‘Kau nak marah ke Haikal, janganlah marah aku sekali,’ rungut Syaza dalam hati. Haikal hanya diam, mendengar perbualan mereka berdua.
“Er.. say.. saya tak selesalah kat sini. Parti ini tidak sesuai untuk saya,” jawab Syaza gugup. Sedaya upaya dia berusaha untuk tidak bercakap terketar-ketar. Renungan Nazrin betul-betul membuatnya rimas.
“Tak selesa? Ketawa pun boleh dikategerikan sebagai tak selesa? Penyakit baru ke?” sindir Nazrin lebih pedas. Berasap Syaza mendengarnya.
“En..”kata-kata Syaza terhenti apabila terdengar pengumuman menjemput para tetamu berkumpul di tepi kolam renang. Dia segera menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Dia tidak mahu bergaduh dengan Nazrin. Nanti dia juga terpaksa menahan rasa.
“Kenapa? Marah ke?” tanya Nazrin sinis. Syaza semakin berasap. Dia juga malu disindir begitu dihadapan Haikal.
“Hei! Siapa kau nak ajak dia sesuka hati? Dia ni pasangan aku jadi dia harus ikut aku!” jerit Nazrin sedikit lantang lalu menarik lengan Syaza mengikutinya. Syaza terjerit kecil akibat kesakitan. Beberapa orang tetamu berpaling melihat perlakuan Nazrin. Beberapa orang gadis juga mencebik bibir kerana cemburu.
“Lepaslah,” marah Syaza apabila sampai di tepi kolam renang. Nazrin melepaskan tangan tetapi langsung tidak meminta maaf. Syaza berdengus geram.
“Selamat datang kepada para tetamu semua. Saya berterima kasih kerana anda semua ke sambutan hari jadi satu-satunya anak saya,” kedengaran suara seorang lelaki bertubuh gempal sedang memberi ucapan. Dari lagaknya Syaza sudah tahu yang lelaki itu ialah Dato’ Hisham walaupun Syaza tak pernah berjumpa dengannya. Kedengaran bongkak dari suaranya.
“Saya amat gembira kerana kawan baik serta keluarganya sanggup datang ke majlis ini. Kami berkawan sejak dulu lagi,” kata Dato’ Hisham lalu menjemput dua orang lelaki dan seorang wanita naik ke atas pentas. Mereka juga seperti Dato’ Hisham, sangat bergaya dan berjenama sekali penampilannya.
“Tentu anda senua tertunggu-tunggu kehadiran anak saya kan? Jangan risau, dia sudah siap berhias. Jadi saya mempersilakan puteri saya naik ke atas pentas,” serentak dengan kata-kata itu seorang gadis bergaun merah jambu yang seksi naik ke atas pentas. Dia hanya memakai gaun setakat lutut dan leher, gaunnya juga luas menampakkan sebahagian dadanya. Semua tetamu memberi tepukan. Syaza memerhatikan gadis it
u. Macam pernah lihat tetapi dimana ya??
“Inilah satu-satunya anak dan puteri saya, Nurul Shahida!” tepukan sekali lagi bergema. Gadis bernama Nurul Shahida itu tersenyum megah. Mungkin kerana menjadi perhatian ramai.
Namun, Syaza tidak begitu. Terasa dirinya disambar petir mendengar nama tersebut. Nurul Shahida ialah Shida, kawan baiknya! Syaza berpaling semula ke arah gadis tersebut. Sah! Memang Shida. Syaza memang tahu dia adalah anak orang berada tetapi, kenapa dia berpakaian seseksi itu? Setahunya, Shida tidak begitu. Walaupun tidak memakai tudung, Shida tetap menjaga kesopanan pakaiannya. Tapi dihadapannya ini adalah yang amat berbeza dengan Shida, kawan baiknya.
“Ada dua tujuan sebenarnya majlis ini diwujudkan. Pertama adalah untuk menyambut hari kelahiran puteri saya dan yang kedua adalah untuk mengumumkan pertunangannya dengan anak kawan baik saya iaitu Tengku Nazrin Syahmi. Bakal menantu saya ini dipersilakan naik ke pentas,” kata-kata Dato’ Hisham menghancurkan seluruh organ dalamannya. Syaza memandang Nazrin disebelahnya. Tenang. Dia hanya mampu melihat Nazrin naik ke pentas dan berdiri di sisi Shida tanpa berbuat apa-apa. Dia begitu terkejut.
Syaza memandang semula Nazrin dan Shida di atas pentas. Mereka kelihatan sepadan. Sepadan dari segi darjat dan paras rupa. Ramai yang memuji Nazrin dan Shida. Syaza menundukkan wajahnya. Dia keliru. Keliru kerana sebab inikah Nazrin membawanya ke parti ini? Untuk menunjukkan yang dia bakal bertunang? Keliru kerana Shida tidak memberitahunya apa-apa yang dia bakal bertunang dengan Nazrin sedangkan baru siang tadi dia menelefon Shida untuk engadu perihal Nazrin. Tidak mungkin Shida hanya tahu baru sebentar tadi. Hendak dikatakan dipaksa, wajah Shida kelihatan bahagia.
Syaza teriangat akan persahabatannya dengan Shida. Dia berkenalan dengan Shida setelah dicaci oleh Nazrin. Tersedu-sedu dia menangis. Shida yang melihat semua kejadian itu lalu memujuknya. Dia juga menasihatnya untuk bersabar. Sejak itu, dia berkawan dengan Shida tetapi dalam rahsia.
Shida adalah anak orang berada. Kata Shida, ramai yang akan cemburu dengan persahabatan mereka lalu cuba untuk memutuskannya. Jadi Shida member cadangan untuk mereka berkawan secara rahsia. Pada mulanya, Syaza pelik namun akhirnya mengalah. Dia tidak sanggup kehilangan Shida. Tidak ramai yang tahu dia berkawan rapat dengan Shida. Hanya dua dan tiga orang sahaja.
Syaza memandang Shida kembali. Secara kebetulan pandangan Syaza dan Shida bertemu. Senyuman di wajah Shida menjadi hambar serta-merta. Sya
za menyedarinya. Dia mengharapkan penjelasan dari Shida. Sekarang juga!
“Tuan dan puan boleh kembali menjamu selera. Diharap anda semua berpuas hati dengan layanan kami. Terima kasih,” serentak dengan itu, para tetamu bersurai tetapi Syaza masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Dia mengharapkan penjelasan dari Shida. Shida yang mengerti mara kea rah Syaza meninggalkan Nazrin dan keluarganya.
“Syaza...” Shida memulakan bicaranya dengan nada serba salah.
“Apa ni Shida? Saya tak faham. Kenapa tak bagitau saya tadi?” tanya Syaza bertalu-talu.
“Saya minta maaf. Ini permintaan papa saya. Awakkan boleh tengok betapa gembiranya dia apabila saya akan bertunang dengan anak kawan karibnya itu. Lagipun, saya sudah jatuh hati pada dia,” kata Shida sedih, tapi entah kenapa Syaza tidak dapat melihat keikhlasan diwajah cantik itu.
“Kenapa awak tak bagitau saya? Kan tadi awak ada peluang?” tanya Syaza curiga.
“Saya tahu awak bermusuhan dengan Nazrin. Jadi saya tak tahu cara nak beritahu awak. Kawan baik awak bakal bertunang dengan musuh awak. Saya tak tahu apakah reaksi awak nanti,” kata Shida dengan sayu. Syaza terdiam. Ragu-ragu masih bertapak di hatinya tetapi Syaza cuba mengikis rasa itu. Dia tahu dia cemburu dengan Shida. Shida dapat bertunang dengan Nazrin, orang yang Syaza cintai. Tentulah dia cemburu.
Syaza menunduk wajahnya kebawah. Dia betul-betul harus melupakan Nazrin sekarang. Nazrin akan bertunang dengan kawan baiknya. Dia tidak boleh menaruh perasaan pada bakal tunang sahabat baiknya. Dia juga yang merana.
“Awak datang sini dengan siapa? Nazrin?” tanya Shida.
“Ya.. Hmm.. tahniah atas pertunangan awak,” ucap Syaza ikhlas. Dia tidak mungkin lagi mencintai Nazrin. Itu tekadnya.
“Terima kasih,” kata Shida lalu memeluk Syaza. Syaza membalas pelukan Shida. ‘Ini memang takdirku. Aku tiada jodoh dengan Nazrin’ rintih Syaza dalam hati. Tiada siapa yang tahu.

0 ulasan:
Catat Ulasan