BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Mac 2010

BAB 2-CINTA ITU MILIK KITA

“You’re really beautiful, Syaza....”


‘Hish, godaankah ini? Tadi bukan main lagi kutuk aku’. Memikirkan hal yang mungkin akan berlaku, Syaza dibeleggu ketakutan. Digoda majikan sendiri, OH, NO!!!!!!

“Syaza takut?” Nazrin menduga apabila melihat wajah Syaza sedikit pucat. Terkedu tanpa kata.
Syaza dalam keadaan apa pun memang cantik. Dia sudah lama memerhatikan gadis itu sejak dari sekolah menengah. Malangnya, perpindahan Syaza telah memutuskan segala ikatan yang pernah terjalin antara mereka.

“Takut kenapa?” Lancar pertanyaan Syaza, berbaur geram, marah dan takut;semuanya digaul sebati. Tiada kerja lainkah lelaki ini? Banyak benda lagi yang aku nak kena buat selain melayan dia. Dah larh hari ni first day, getus hatinya geram.

“Do you think I try to seduce you...?” tanya Nazrin sambil mengenyit mata.

“Seduce?” Syaza bertanya semula kepada Nazrin.

“Yalah, dalam kepala Syaza tu tentu fikir yang bukan-bukan pasal Nazrin. Tentu Syaza ingat Nazrin hendak ajak Syaza ke hotel ke, ke bilik ke...”

Syaza mengetip bibir, menahan geram. Dia menyuruh dirinya bersabar dan bertenang. Nazrin sudah keterlaluan nampaknya, fikir Syaza.

“Hmm... Naz cerita apa ni? Saya sebenarnya banyak kerja lain lagi, lagi-lagi saya nikan baru masuk keje. Ok lah saya nak pergi kat Cik Balqis untuk penerangan selanjutnya tentang kerja saya.”

“You’re so sweet, Syaza.”

Apalah yang direpekkan oleh Nazrin ni? Syaza bertambah geram. Mamat demon ni tak pernah nak tengok aku senang, menyusahkan hidup jelah!

“Nitrogen untuk apa sayang?”

Ahh... sayang? Rasa macam nak pengsan Syaza mendengar kata-kata berbisa yang diucapkan Nazrin. ‘Apsal tiba-tiba pulah masuk hal nitrogen ni?’

“Nitrogen ialah sejenis gas yang begitu sejuk sehinggakan kalau tersentuh dengan jari, jari pun akan menjadi beku. Ia banyak digunakan sebagai pengimbang kepanasan oven. Tapi tak semua oven yang memerlukan nitrogen.” Terang Syaza perlahan-lahan. ‘Takkan itu pun tak tahu, masa lecture mengajar, tidor ke?’

“Habis bagi menyejukkan perasaan yang bergelora hendak pakai apa Syaza?”
Tersentap seketika Syaza. Apasal pulak Nazrin merepek tak habis-habis ni?

“Kalau tiada pertanyaan lain, boleh saya keluar sekarang? Saya hendak melaksanakan tugas saya”

Syaza melirik pada NAzrin yang bangun perlahan, dan kemudiannya melabuhkan punggungnya di meja betul-betul disebelahnya. NAzrin mengambil fail di tangan Syaza kemudian meletakkannya di atas meja. Pelahan jarinya mencengkam jejari Syaza. Diletakkan telapak tangan Syaza di pahaa kemudian diusap lembut dengan jari telunjuk.

“Syaza tak jawab pun soalan NAzrin tadi...”

Apalah drama yang dilakonkan oleh Nazrin ni, bentak hati Syaza. Kurang senang dia dengan kelakuan Nazrin yang tidak bersopan. Dia bekerja di situ bukan untuk merelakan dirinya dibuat begitu.

Syaza tersentak apabila tanganya dibawa ke mulut NAzrin manakala jarinya diletak dibibir jejaka itu.

Hisy... Nazrin ni memang sudah giler. Degupan jantung Syaza sudah hilang rentak. Dia benar-benar tidak tahu nak buat apa. Tergamam dan tidak menyangka Nazrin akan berkelakuan begitu padanya.

“Syaza...Naz sayang awak dari dulu lagi. Naz...” Kata-kata Nazrin terhenti. Jari Syaza diletak di dagu, kemudian di muka dan di leher. Lelaki itu memejamkan mata.

Syaza terasa mahu saja lari, tetapi apa pula kata pekerja lain terutamanya kak Bakqis jika ternampak dia keluar terburu-buru dan marah-marah. Ni dah kes berat... dah masuk kes gangguan seksual. Takkanlah nak malukan bos sendiri pulak? Syaza sedaya upaya cuba merentap tangannya, namun tidak berjaya. Genggaman Nazrin amat kemas.

Nazrin membuka mata. Dia merenung Syaza yang bungkam di kerusi. Dia tahu Syaza terperanjat tetapi sebagai lelaki yang sudah biasa menggoda perempuan, dia sudah menduga tidak balas tersebut.

“Awak nak apa sebenarnya hah?!” marah Syaza dalam suara yang perlahan tetapi tegas.

Nazrin mengerdip mata beberapa kali. Dia kemudian mengambil tangan kiri Syaza pula. Perlahan tangan kiri itu dikucupnya. Diletak telapak tangan Syaza berkali-kali di bibirnya lembut. Kemudian tangan kanannya memegang tangan kanan Syaza dibawa pula ke mulutnya. Dikucup tangan Syaza silih berganti.
Syaza panic tanpa kata. Hantu apalah yang merasuk lelaki ini? Aku menjerit karang, malu besar engkau nanti. Radang Syaza sudah sampai ke tahap maksimum.

“Kawin dengan Naz.”
Syaza bingkas bangun bagai disengat tebuan. Jantungnya terasa henti seketika. Nazrin ketawa kecil melihat kelakuan Syaza. Perlahan dia memeluk pinggang Syaza.

“Encik Nazrin... kenapa ni? Ini pejabatlah Nazrin!”

TUHAN.... selamatkanlah aku. Syaza tidak menjangka NAzrin bertindak begitu agresif sekali.

“Takut?” tanya NAzrin seolah-olah mempermainkan Syaza.

“Apa sebenarnya yang Nazrin nak hah?” Suara Syaza sudah menengkking kuat.

“Marry me!!!” kata Nazrin sambil tersenyum.

Terkedu Syaza mendengar jawapan yang pantas dan cepat itu. Baru sehari mereka berjumpa setelah hampir sedekad tidak bertemu, Nazrin sudah melamar dia. Salah dengarkah dia? Macam nak pitam pun terasa juga!!

“Marry...Why??” Berkerut dahi Syaza.

Nazrin ketawa kecil. Dia merapa muka Syaza dengan jarinya.

“Because I love you...”

Melopong mulut Syaza mendengarnya. Biar benar?? Bukankah selama ini Nazrin yang selalu membuat dajal kepadanya? Kenapa dia berubah sikap sepantas ini?? Pelukan Nazrin yang semakin erat membuatnya rimas.

“Let me go Nazrin...” Syaza berusaha melepaskan diri. Dia berasa begitu takut sekarang. Dia medengar Zarul ketawa kecil dan pelukan dilonggarkan.“Whatever happens... you will be my wife, Syaza. But I’ll let you go for now, darling...”

Syaza tidak menjawab, memandang muka Nazrin pun tidak. Buru-buru dia masuk ke dalam bilik kak Balqis.

“Kenapa ni Syaza? Syaza tak sihat ke?” tegur Balqis apabila menyedari gadis itu masuk ke biliknya dalam keadaan tergesa-gesa.

Syaza masih kaku dihadapan pintu. Dia tidak berketik walau sedikitpun. ‘Seramnya... gila apa demon tu’ Syaza bermonolog dengan dirinya sendiri.
Tidak lama kemudian, telefon diatas meja Balqis berbunyi. Balqis menjawab panggilan itu. Ganggang telefon dihulurkan kepada Syaza setelah agak lama berbual dengan pemanggil tersebut. Syaza memandang kosong ganggang telefon itu. Setelah agak lama, barulah dia mencapai telefon itu daripada tangan Balqis.
“Syaza, wakenabeb! Ko ni cepat gabra larh... perasan lebih!! Takdenye aku nak ngorat kau. Kaukan musuh aku sejak dari sekolah menengah. Takkan larh... Aku ada perasaan kat kau.” Kedengaran suara seorang jejaka sedang mengejeknya sambil tergelak-gelak.

‘hish... giler ke mamat ni, hampir separuh mati dia buat aku tadi, sekarang dia gelakkan aku pulak. Nasib baik dia tidak tahu pasal ‘itu’.

0 ulasan: