Tanpa memperduli keadaa
n yang sesak di jalan raya, seorang gadis keluar dari sebuah teksi dan berlari ke arah sebuah bangunan. Orang yang melihat keadaan gadis itu pasti menyangka bahawa gadis itu merupakan orang yang kurang waras. Syaza menyingsing lengan bajunya sehingga menampakkan sebahagian daripada lengannya yang putih gebu. Dia berlari dengan pantas tanpa memperdulikan orang ramai yang lalu lalang. Sesekali dia menilik jam tangan di pergelangan tangannya. Apabila tiba di hadapan sebuah bangunan tinggi, Syaza mempercepatkan lariannya memasuki bangunan tersebut. Raut wajahnya jelas menunjukkan perasaannya yang cemas.
n yang sesak di jalan raya, seorang gadis keluar dari sebuah teksi dan berlari ke arah sebuah bangunan. Orang yang melihat keadaan gadis itu pasti menyangka bahawa gadis itu merupakan orang yang kurang waras. Syaza menyingsing lengan bajunya sehingga menampakkan sebahagian daripada lengannya yang putih gebu. Dia berlari dengan pantas tanpa memperdulikan orang ramai yang lalu lalang. Sesekali dia menilik jam tangan di pergelangan tangannya. Apabila tiba di hadapan sebuah bangunan tinggi, Syaza mempercepatkan lariannya memasuki bangunan tersebut. Raut wajahnya jelas menunjukkan perasaannya yang cemas. “Sempat lagi ke ni?” Syaza bercakap dengan dirinya sendiri.
Syaza menunggu ketibaan lif dengan perasaan cemas. Sekali lagi dia menilik jam tangan berwarna biru yang terlekat di tangan kirinya. Setelah hampir dua minit menunggu, Syaza semakin resah. Mujurlah lif tiba seminit kemudian. Syaza segera menaiki lif tersebut. Jikalau tidak, pasti dia akan nekad menaiki tangga sahaja ke tingkat 12!
Apabila pintu lif terbuka, Syaza lekas berlari keluar. Dia sudah tidak peduli dengan tudungnya yang tidak terurus dan bajunya yang tidak kemas. Yang pasti, dia sudah lambat pada hari pertama dia bekerja!
Syaza terus berlari sehingga tiba di hadapan seorang wanita yang kelihatan berumur hampir 30-an, Syaza berhenti. Tercungap-cungap dia seketika. Soalan yang ingin ditanya kepada wanita tersebut tersekat di kerongkong.
“Adik ni Anis Syazana binti Mohd Shafie ke?” tanya wanita tersebut. Syaza yang tidak dapat bersuara kerana masih tercungap-cungap hanya mampu mengangguk. Wanita tersebut tersenyum apabila melihat anggukan Syaza.
"Dah lama akak tunggu Syaza. Nama akak Balqis. Adik akan mengganti tempat akak sebagai setiausaha pengurus dipejabat ini,” ujar wanita tersebut lagi. Syaza berasa bersalah. Bukan sengaja dia mahu datang lambat. Apatah lagi pada hari pertama kerjanya tapi….ini semuanya salah adiknya! Dia terpaksa mencari folio geografi adiknya, Daniel yang hilang di bawah timbunan sampah, pakaian, buku-buku dan entah-entah apa-apa lagilah! Mencari folio geografi di bilik adiknya yang tidak ubah seperti sarang ular itu betul-betul mencuri masanya. Entah-entah telur tikus pun ada...
“Maaf. Saya ada masalah tadi. Saya dah cuba sampai tepat pada masanya,” Syaza memberi penjelasan.
“Akak tahu. Boleh tengok berdasarkan cara pemakaian Syaza,” kata Kak Balqis sambil tersenyum. Syaza malu sendiri. Nampaknya penampilannya memang hancur!
“Pergilah betulkan pakaian dan tudung tu dulu. Encik Nazrin tak suka stafnya berpakaian tidak kemas,” arah Kak Balqis. Syaza menurut sahaja.Dia pergi ke tandas dan membetulkan baju kurung serta tudungnya yang kelihatan sedikit tidak terurus. Setelah itu, dia mengenakan sedikit gincu merah dibibir dan sedikit bedak ke mukanya.
******************************************************************
“Ini bilik bos. Mari kita masuk,” ujar Kak Balqis sambil menolak daun pintu. Syaza sempat mencuri tengok nama yang tertera di hadapan pintu iaitu Tengku Nazrin Syahmi sebelum masuk ke dalam bilik yang besar itu. Hiasan didalam bilik itu amat simple namun cantik. Amat menarik hatinya. Otaknya berfikir seketika. Kejap! Tengku Nazrin Syahmi, macam pernah dengar je. Tapi kat mana eh? Ee, mengarut jelah! Takkan orang yang aku kenal jadi pengurus kat syarikat sebesar ini. Tak mungkin! Syaza segera membuang fikirannya jauh-jauh.
“Encik Nazrin, ini Cik Syaza yang akan menggantikan tempat saya sebagai setiausaha encik nanti,” kata Kak Balqis. Tersentak dengan teguran itu, kepala Nazrin terhantuk dipermukaan bawah meja kayunya. “Aduh!” Nazrin menggosok-gosok kepalanya yang sakit akibat hentakan itu.
Syaza dan Balqis yang baru menapak ke bilik pejabat itu juga terkejut. Balqis tidak menyangka teguran itu membuat bosnya terperanjat. Serasanya, pintu bilik itu sudah pun diketuk berkali-kali. “Balqis, kenapa masuk tak ketuk pintu?” kata majikannya. Balqis mebiarkan soalan itu berlalu sepi. Sekali lagi dia memperkenalkan Syaza kepada bosnya itu. Balqis memperkenalkan Syaza kepada seorang lelaki yang Syaza tidak dapat mengecam wajahnya kerana dia sedang menundukkan kepalanya untuk mencari sesuatu.
“Nampaknya awak dah lambat untuk hari pertama awak bekerja. Awak ada ciri pekerja yang baik,” sinis suara yang keluar dari mulut bosnya itu. Syaza terpukul dengan sindiran itu. Boleh tahan juga bisanya! Syaza menundukkan wajahnya.
Mata Nazrin serta-merta terhenti pada raut wajah Syaza yang sedang menundukkan mukanya. Gadis itu memakai baju kurung biru. Itukah gadis yang dimaksudkan oleh Balqis dua hari yang lepas?Benarkah gadis ini akan bekerja sebagai setiausahanya mulai hari ini? Nazrin bagaikan tidak percaya. Tanpa disedari, muncul satu idea jahat diminda Nazrin.
Keadaan tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Syaza menjadi bingung. Diangkatnya wajahnya. Serta-merta wajahnya bertukar pucat, kalau ditoreh mungkin tidak keluar darah, bibirnya kelu untuk berkata-kata. Kenapa kebetulan ini berlaku? Adakah sejarah yang lama akan berulang??
“Balqis, awak boleh keluar sekarang. Saya mahu cakap sedikit dengan setiausaha baru saya ni” arah Encik Nazrin. Syaza memandang Kak Balqis melangkah keluar tanpa boleh melakukan apa-apa. Kalau boleh, dia mahu turut keluar. Terseksa batinnya berdua dengan bos barunya itu.
“Tak sangka setiauasaha baru saya ialah Cik Anis Syazana. Hmm, nampaknya jodoh awak dengan saya memang kuat,” kata Encik Nazrin sambil merenung tepat wajah Syaza. “Tak sangka dunia ini memang kecil!” ucapnya bersama keluhan. Syaza melarikan matanya. Tidak sanggup bertentang mata dengan orang yang sangat dibencinya. ‘Kenapalah malang sangat nasib aku jumpa balik dengan makhluk ni. Ingatkan tak payah jumpa dah. Tengok-tengok jadi bos aku. Mampus aku!’ kata Syaza dalam hati.
“Bila masa pulak saya ada jodoh dengan awak, Naz?! Awak je yang perasan lebih,” sindir Syaza. Melihat raut wajah Nazrin saja sudah cukup untuk membuatnya rasa meluat yang amat sangat. Apatah lagi setelah Nazrin berkata yang dia ada jodoh dengannya. Eee, simpang malaikat 44!
“Maaf Cik Syaza. Saya ni bos awak. Jadi, awak harus panggil saya Encik Nazrin. Bukan Naz jerh,” kata Nazrin dengan lagak macho. Syaza menyampah melihatnya.
“Malang betul nasib aku jumpa balik dengan ‘demon king’ ni. Ingatkan dah mampus. Rupanya hidup lagi. Dahlah berlagak macho macam dialah orang paling handsome kat dunia ni. Menyampah aku!” rungut Syaza perlahan. Mukanya jelas menunjukkan rasa benci yang mendalam. “Bila pulak aku panggil kau Naz-je??? Setahu aku, aku panggil kau, Naz!” sambungnya lagi.
“Tak baik kutuk orang dibelakang, Cik Syaza!” kedengaran suara Nazrin. Syaza terpaku. Alamak! Dia dengarlah apa aku kutuk tadi. Eleh, nak nasihat orang. Ingat dia tu baik sangat ke?!
“Maaf Encik Nazrin. Saya cuma terkejut jumpa kawan lama. Dah lama kita tak jumpa, kan?” kata Syaza berbasa-basi. Dia berpura-pura tersenyum mSyaza sedangkan hatinya mengutuk Nazrin.
“Ya. Dah lama. Macam mana dengan awak sekarang? Tabiat suka mengadu tu dah buang ke?” tanya Nazrin dengan nada menyindir. Berdesing telinga Syaza mendengarnya. Apasal dengan mamat ni? Asyik nak buat orang marah je!
“Saya memang tak pernah ada tabiat tu pun dulu. Orang lain yang salah faham,” kata Syaza dengan senyuman berpura-pura lagi. ‘Syaza, dia ni bos kau. Kau tak boleh cari gaduh ngan dia. Kalau tak, kau yang susah. Kang tak pasal-pasal gaji aku kena potong. Jadi, senyum…senyum’ Syaza menenangkan hatinya.
“Itu bukan salah faham. Tabiat awak tu dah menyusahkan saya,” kata Nazrin lagi. Kali ini dengan senyum sinis. Terbakar Syaza mendengarnya.
“Apa salahnya awak lupakan perkara itu! Perkara tu pun dah lama berlalu. Lagipun itu bukan salah saya! Saya ulang sekali lagi, itu bukan salah saya!,” kata Syaza sedikit lantang. Kesabarannya mula hilang.
“Saya tak akan berhenti membenci awak!” balas Nazrin juga sedikit kuat.
“Sebab perkara kecil tu pun awak nak benci saya sampai sekarang? Awak ni kecil hati betullah!” kata Syaza geram.
“Aku bukan benci awak sebab itu aje. Aku hanya benci, meluat, menyampah dengan kau! Aku akan pastikan kau terseksa bekerja di bawah aku. Tengoklah nanti! Jangan lupa, kau tu budak baru. Jangan memandai-mandai je nak ponteng kerja.” kata Nazrin kasar sambil mengangkat kening. Syaza terpaku. Dah lama tak dengar Nazrin bercakap kasar begitu. Rasanya seperti kembali ke zaman persekolahannya.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mahu mengambil izin untuk keluar. Assalamualaikum,” ucap Syaza lalu segera keluar. Dia tidak mahu terus bersama dengan Nazrin. Takut dirinya akan hilang sabar. Teruk nanti jadinya. Tiba-tiba........

0 ulasan:
Catat Ulasan