Syaza duduk di atas kerusi dengan wajah yang bosan. Dia merenung gelagat orang raamai sambil meneguk minumannya. Dia langsung tidak mengenali mereka. Namun dari segi pemakaian dan percakapan, Syaza pasti
mereka semua bukan calang-calang orang. Dia berasa kerdil dihadapan mereka semua.
itu. Terasa hatinya bagai ditusuk sembilu... Nazrin tidak lagi senyum kepadanya selepas peristiwa itu. Yang ada hanyalah senyumaan sinis yang boleh menyebabkan darah Syaza menggelegak.
Syaza berasa cemburu juga melihat Nazrin boleh senyum sebegitu manis dengan perempuan lain tetapi bukan dirinya. Dalam hati dia mengutuk orang yang mengadu kepada Cikgu Idris perihal Nazrin. Aduan itu merubah layanan Nazrin terhadap dirinya. Nazrin juga menjadi kaki perempuan. Namun ada baiknya juga aduan itu. Sekurang-kurangnya Nazrin mendapat hukuman terhadap perbuatannya yang ‘lagha’.
“Ni untuk awak,” kata lelaki itu lalu menghulurkan gelas berisi air berwarna merah kepada Syaza. Beberapa orang gadis memerhati perlakuan lelaki itu. Di wajah mereka jelas terpancar perasaan cemburu dan benci. Syaza tidak selesa dengan renungan para gadis tersebut. Dia teragak-agak untuk mengambil gelas tersebut namun diambilnya juga. Tidak sopan rasanya jika dia tidak mengambilnya.
“Awak ni Anis Syazana, kan” tanya lelaki itu. Syaza pantas berpaling merenung wajah tampan itu. Wajah itu macam pernah dilihatnya, tapi dimana yerh??
“Macam mana awak tahu nama saya??” tanya Syaza kehairanan. Mindanya tercari-cari dimanakah dia pernah berjumpa dengan lelaki ini namun gagal mengenalpastinya.
“Kita sama sekolah menengah dulu. Nama saya Haikal Fahmi” kata lelaki itu dengan senyuman. Sayza terpana. Baru dia teringat siapakah jejaka ini. Rasa tak percaya menyelubunginya. Tapi, lelaki itu masih mengingati namanya walaupun mereka hanya berbual beberapa kali.
“Maaf, saya baru teringat,” kata Syaza
“Tak apa. Lagipun saya kan pindah sekolah lain pula. Hmm.. saya dengar awak pun pindah sekolah jugak,” kata Haikal lagi. Syaza menjadi semakin bingung
“Macam mana awak tahu? Waktu tu kan awak dah pindah sekolah,” tanya Syaza lagi. ‘Aku ni bukannya popular sangat kat sekolah sampai berita aku pindah pun boleh sampai kat dia’ kata Syaza dalam hati.
“Adalah,” kata Haikal sambil mengangkat keningnya. Syaza terpana! ‘Hensemnye dia.. Walaupun tak se hensem Nazrin tapi macam ni still ok,’ puji Syaza nakal dalam hati.
“Awak datang dengan siapa?” tanya Haikal. Syaza berdengus geram.
“Bos saya. Dia yang suruh saya datang sini,” kata Syaza mengawal geram. Dia betul-betul geram dengan sikap Nazrin yang meninggalkannya seorang diri. Terkapai-kapai seperti orang bodoh.
“Oh... kat mana bos awak sekarang?? Kenapa awak sorang-sorang je?” Haikal bertannya kehairanan.
“Saya pun tak tahu. Tadi ada, lepas tu dah lesap pula,” jawab Syaza bosan. Sudah malas memikirkan Nazrin. Tak kuasa hatinya nak membenci. Dirinya sudah cukup penat sekarang. Tidak perlulah ditambah rasa bencinya kepada Nazrin. Nanti dirinya sendiri yang menderita... tak ke payah tu.
“Tak patut dia tinggalkan awak sorang-sorang. Apatah lagi yang secantik dan semanis awak,” Haikal memuji dengan senyuman. Syaza tertawa mendengar kenyataan yang baru diungkapkan oleh Haikal.
“Yalah tu. Saya percaya sangat apa yang awak cakapkan itu,” kata Syaza setelah menghentikan ketawanya. Dia tidak mudah melatah dengan pujian lelaki itu. Baginya lelaki hanya bermulut manis tetapi tidak hatinya. Kisah-kisah percintaan yang memilukan sering mengajarnya agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis insan yang bergelar lelaki.
“Saya tidak bergurau Syaza,” kata Haikal ssedikit tegas. Syaza terus mengangguk, tidak mahu bertengkar dengan jejaka dihadapannya itu.
“Kenapa kamu tak pergi berbual dengan gadis-gadis di situ? Mereka lebih cantik dan seksi,” tanya Syaza sambil menunding jari ke arah sekumpulan gadis yang asyik memandang dia dan haikal sejak tadi.
Haikal turut memandang sekumpulan gadis itu. Gadis-gadis tersebut berbisik-bisik sesama sendiri apabila menyedari Haikal memandang mereka. Masing-masing melemparkan senyuman dan ada yang melambi tangan kepada Haikal. Haika membalas senyuman dan lambaian mereka. Selepas itu dia kembali memandang Syaza. Syaza turut mengalihkan pandangannya.
“Hmm... Boleh tahan. Tapi saya prefer awak lagi,” kata Haikal. Syaza terkejut tetapi rasa terkejutnya mati apabila melihat Haikal ketawa. Dia pun turut ketawa. Entah kenapa dia rasa mesra dengan lelaki ini.
"Apa yang lucu sangat tu?" belakang mereka. Syaza segera berpaling. Sah! Nazrin!

0 ulasan:
Catat Ulasan