BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Mac 2010

EPILOG CINTA ITU MILIK KITA

"Syaza," Nazrin bersuara apabila menghentikan kereta mewahnya disebuah taman. Syaza tidak bersuara.

"Maafkan saya sebab tak percayakan awak. Selama ini saya ditipu,"lirih Nazrin. Begitu licik rancangan Shida sehingga dia pun boleh terpedaya.

"Maafkan saya juga. Kita sama-sama terperdaya. Dan ianya datang dari orang yang paling kita tak sangka. Saya kesal Nazrin. Sembilan tahun saya berkawan dengan dia. Saya anggap dia kawan sejati saya. Rupa-rupanya dia tidak ikhlas berkawan dengan saya. Selama ini, dia yang pujuk saya bila saya fikir awak yang kenakan saya. Tapi rupa-rupanya dia yang lakukan semua ini. Saya tak sangka langsung! Kenapa semua ini boleh terjadi? Kenapa?!" air mata mula mengalir dari mata Syaza. Rasa sebak, kesal, marah dan geram semuanya bercampur aduk menjadi satu.

"Semuanya sdah berlala. Apa kata kita mulakan kehidupan baru. Kita lupakan kenangan lama. Sudahlah menangis. Buruk benar saya tengok," dalam situasi itu sempat lagi Nazrin mengusik. Syaza mencebik. Selepas itu Nazrin ketawa. Syaza terpaku. Kemudian dia menangis semula.
"Kenapa nangis lagi ni?" tanya Nazrin cemas. Kali pertama dia tengok air mata Syaza tumpah sebanyak ini.


"Kali pertama saya tengok awak ketawa tanpa sinis selepas kejadian itu. Saya bersyukur semua ini dah berakhir," kata Syaza dalam sedu. Nazrin mengeluh. Nampaknya dia telah banyak melukakan hati wanita kesayangannya itu. Wanita kesayangan? Ya, wanita kesayangan. Baru sekarang ini dia berani mengaku wanita itulah wanita kesayangannya. Egonya telah dibuang jauh-jauh. Ego itulah yang menyebabkan wanita kesayangannya sengsara.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya banyak sakiti hati awak," kata Nazrin kesal. Syaza menggeleng.

"Ini bukan salah awak seratus-peratus. Kita diperdaya. Jadi jangan salahkan diri sendiri. Saya cukup bersyukur sebab kebenaran sudah terungkai," kata Syaza pantas. Dia tahu dia juga bersalah sebab menuduh Nazrin yang menyeksanya. Sedangkan itu perbuatan Shahida.

"Mungkin saya terburu-buru, tetapi kita dah banyak bazirkan masa. Syaza, sudikah awak menjadi suri dihati saya, anak kepada papa dan mama saya, ibu kepada anak-anak saya nanti?" tanya Nazrin tiba-tiba. Syaza tersentak.

"Saya tak sesuai dengan awak Nazrin. Betul kata Shida tadi. Saya miskin, tiada ibu bapa, manalah sesuai dengan awak. Lagipun ibu bapa awak pasti membantah. Mereka tentu lebih sukakan Shida sebagai menantu mereka," Syaza menolak. Walaupun dia begitu mencintai Nazrin.

"Saya tidak mungkin akan kembali kepada Shida kembali. Pasal ibu dan bapa saya, awak jangan risau. Saya akan cuba berbincang dengan parents. Pada pertama kali kita berbual, awak suruh saya berbincang baik-baik dengan mereka. Sekarang, saya nak cuba. Awak harus percayakan saya," Nazrin memandang Syaza dengan penuh harapan. Syaza membalas renungan mata Nazrin. Terharu kerana Nazrin masih mengingati cadangannya walaupun telah sembilan tahun berlalu.

"Say.. Saya tak tahu nak cakap apa Nazrin," air mata Syaza kembali mengalir.

""Awak setuju?" tanya Nazrin tidak sabar.

"Ya," akhirnya Syaza menyerah pada perasaannya. Nazrin tersenyum gembira.


"Saya janji tak akan lukakan awak lagi. Saya janji!"

"Saya percaya pada janji awak tu," kata Syaza sambil mengelap air matanya dengan sehelai sapu tangan berwarna biru.

"Ni sapu tangan saya yang saya berikan pada awak sembilan tahun lalu, kan? Awak masih simpan lagi?" tanya Nazrin sambil memandang ke arah sapu tangan itu dengan mata yang bulat. Dia tidak percaya!

"Mestilah. Awak yang bagi. Tapi waktu tu perangai awak baik lagi," usik Syaza. Nazrin tersenyum.

"Saya bersyukur kerana semua kekusutan telah terurai. Sama-sama kita lupakan kenangan yang pahit dan mulakan hidup baru. I love you," kata Nazrin romantis sambil mengambil sapu tangannya lalu mengelap air mata Syaza.

'Akhirnya cinta kita kembali jua... Jika ia milik kita, pasti ia akan kembali,' bisik hati Syaza.
Semoga cinta ini kukuh buat selama-lamayna..Amin.

BAB 8 - CINTA ITU MILIK KITA


"Syaza, ni sup ayamnya," kata Shahida lalu meletakkan mangkuk yang berisi sup ayam di atas meja. Dia berpaling dan menghadap Syaza yang sedang duduk di atas katil. Haikal pula sedang duduk di sisi Syaza.


"Haikal pun ada kat sini? Kamu berdua ni ada apa-apa ke?" tanya Shida sambil tersenyum manis. Syaza terdiam. Tidak mungkin kawan karibnya ini penyebab deritanya. Tidak mungkin!

"Shida, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Syaza. Dia memandang Haikal untuk mendapatkan sedikit kekuatan. Haikla hanya mengangguk.

"Ya, ada apa?" tanya Shahida lalu mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.

"Er.... Aw.. Awak ke yang mengadu kat Cikgu Idris pasal Nazrin mabuk dan pergi ke kelab malam tu?" tanya Syaza tergagap-gagap. Raut wajah Shahida kelihatan terkejut.

"Siapa yang bagi tahu awak, Syaza?"

"Saya yang bagi tahu dia. Saya nampak awak jumpa dengan Cikgu Idris lepas waktu persekolahan. Awak minta Cikgu Idris jangan beritahu yang awak yang adu pasal Nazrin," celah Haikal. Wajah Shahida berubah pucat.

"Syaza, awak.. awak percayakan saya, kan? Awak percayakan, bukan saya yang mengadu dekat Cikgu Idris? Awakkan kawa baik saya," kata Shahida. Syaza hanya berdiam diri.

'Banyak betul simpang jalan dalam otak aku. Yang mana satu aku nak percaya ni,' Syaza bingung. Otaknya terasa tepu.

"Awak tak percayakan?" wajah Shahida berubah. Kemudian dia ketawa kuat. Syaza cemas. 'Apa kena dengan Shida ni?'

"Kau bo**h, Syaza! Sekarang baru kau sedar bahawa akulah dalangnya? Selepas sembilan tahun baru kau sedar??" tanya Shahida sinis sambil ketawa kuat. Syaza terkaku. Kali pertama Shahida berkau aku dengan Syaza.

"Jadi, betullah yang kau mengadu pada Cikgu Idris? Kenapa?" tanya Syaza. Rasa terkejut masih tidak hilang.

"Kenapa?! Kau tanya kenapa? Sebabnya senang. Aku benci kau selalu dapat perhatian daripada lelaki! Aku benci kau rapat dengan Nazrin. Aku benci!!" jerit Shahida. Syaza tergamam.

"Untuk pengetahuan kau, sewaktu Nazrin dan kau pertama kali berbual, aku ada pada waktu itu. Aku dengar semua perbualan kau dengan Nazrin. Kau tahu kenapa Nazrin sedih je waktu itu? Jawapannya adalah dia baru tahu yang kami akan dijodohkan oleh ibubapa kami. Dia tak suka kat aku. Dia tolak mentah-metah cadangan tu. Tapi aku, aku suka kat dia! Jadi, bila aku nampak korang berdua, aku sakit hati. Terutamanya hubungan korang semakin hari semakin mesra. Hancur hati aku,"

"Mungkin tuhan nak tolong aku. Aku terserempak pula dengan kau sewktu kau terserempak dengan Nazrin dalam keadaan mabuk. Aku gunakan cara tu untuk buat korang berdua saling membenci. Jadi, aku ambil gambar Nazrin dan aku bagi dekat Cikgu Idris. Tindakan bijak aku tu berjaya buat Nazrin percaya yang kau mengadu. Aku kenal Nazrin. Dalam lembut, ada juga ganasnya. Aku tahu dia akan balas dendam. Sebab tu aku dekati kau. Kita jadi kawan baik, tapi aku suruh kau rahsiakan. Kenapa? Aku tak nak nazrin curiga. Aku mahu dia jadi milik aku!"

"Untuk pengetahuan kau lagi, sebenarnya Nazrin taklah teruk sangat kenakan kau. Aku yang sengaja tambah. Contoh, sewktu kau kena siram dengan air, aku yang tolak tangan Nazrin biar baldi air itu jatuh atas engkau. Aku ingat rancangan aku dah cukup baik, tapi tidak. Nazrin menyesal kenakan kau begitu. Dia tak tahan. Tahu kenapa? Sebab dia sukakan kau. Sakit jiwa aku, tau! Dia ada letak surat minta maaf dalam buku kau. Aku terjumpa dan aku ambil,"

"Aku tukar surat itu dengan cacian. Aku tahu kau akan berpindah ke Pahang, jadi aku kenakan kau lebih teruk lagi. Aku letak gam dekat kerusi, aku sembunyikan kasut kau, aku simbah cat kat beg kau dan banyak lagi. Nazrin langsung tidak buat itu semua. Aku mahu kau pahat kebencian dalam diri kau sebelum kau berpindah. Perkara sama aku lakukan pada Nazrin. Aku sebarkan gambar mabuk dia di seluruh sekolah. Jadi dia semakin membenci kau!" jerit Shahida. Syaza dan Haikal yang mendengarnya tergamam. Nazri yang bersembunyi juga tergamam.

"Kenapa kau sanggup buat begini? Kita kan kawan?" tanya Syaza. Air matanya sudah merembas keluar.

"Kawan? Aku tak pernah anggap kau kawan. Hei! sedar diri sikit. Kau tu miskin, mana sesuai berkawan dengan aku. Aku masih berhubung dengan kau selepas kau berpindah pun sebab aku nak pastikan kau tak bertemu dan rapat dengan Nazrin. Andaian aku betul. Kau berjumpa semula dengan Nazrin. Jadi setiausaha dia lagi! Silap aku, aku lupa nak bagi tahu kau kat mana Nazrin berkerja. Dia tak bekerja di syarikat papa dia. Nak timba pengalaman, konon," kata Shahida lalu mencebikkan bibirnya.


"Awak tak takut kalau Nazrin tahu perkara yang sebenar?" tanya Syaza menguji. Dia tahu Nazrin sedang mendengar.

"Dia tak akan percaya cakap kau. Dia bencikan kau dnegan sepenuh jiwanya. Aku yang nasihatkan dia apabila dia ingat kau yang mengkhianati dia. Usaha aku tidak sia-sai. Akhirnya Nazrin bersetuju dengan perjodohan kami. Dia akhirnya jadi milik aku. Tapi, kau muncul semula. Malah, dia bawa kau datang ke parti ini. Lagi lah aku geram. Apa yang aku kata kat telefon tadi betul. Dia sukakan kau dan masih tidak boleh melupakan kau. Namun, dia lebih sukakan aku. Dia tinggal kau seorang dan naik ke atas pentas. Ini menunjukkan yang dia hak aku yang mutlak. Kau tiada langsung dihatinya kini," kata Shahida bongkak. Syaza mengeleng kepala, tidak percaya. Haikal juga begitu. Tidak disangka Shahida selicik itu.

"Hmm, lagi satu. Kau nak tahu tak kenapa Nazrin dengan Haikal bermusuh sampai ke hari ini?" Pada mulanya disebabkan perkara kecil je seperti bersaing dalam pelajaran tapi bila Haikal turut jatuh hati pada kau, mereka menjadi seperti musuh ketat," kata-kata Shahida itu membuatkan Syaza dan Haikal terkejut. Merah padam muka Haikal dan Syaza menyambutnya dengan senyuman. 'Takkanlah Haikal boleh tangkap cintan dengan aku. Kita orang berbual dua tiga kali sahaja.'

"Kau tak percaya? suka hati kaulah. Tapi, aku nak ingatkan kau. Jangan sesekali rapat dengan Nazrin. Aku benci. Lagipun, dia tu tunang aku. Kalau kau pernah anggap aku sebagai kawan sebelum ni, jangan jumpa dia. Berhenti kat tempat kerje kau dan cari tempat kerja yang lain. Kalau susah, biar aku yang tolong carikan untuk kau," kata Shahida sambil berpeluk tubuh. Dia langsung tidak memandang Syaza.

"Awak tak perlu risau. Kan tadi awak beritahu yang Nazrin bencikan saya dan dia sukakan awak. Jadi tak ada perlunya saya berhenti kerja," bantah Syaza. Dia tidak mahu menurut perintah kawannya yang mengkhianatinya.

"Memang dia bencikan kau. Tapi rasa sayang tu masih ada lagi. Aku boleh nampak dari cara dia pandang kau. Sebab tu aku tolak kau ke dalam kolam. Aku nak malukan kau, aku nak kay sangka yang Nazrin tolak kau, tapi aku silap. Aku lupa yang kau tu tak tahu nak berenang. Jadi, Nazrin dengan Haikal pun berlagak hero dengan terjun ke dalam kolam dan selamatkan kau. Semakin aku benci kau! Jadi, keluar dari hidup aku dan Nazrin. Jangan ganggu hidup kami lagi!" jerit Shahida. Syaza terkejut. Shahida yang menolaknya? Haikal dan Nazrin pula yang menyelamatkannya? Baru dia sedar yang Nazrin dan Haikal sudah bertukar pakaian sepertinya. Syaza mengurut dada. Rasa sebak timbul dihatinya. 'Sampai hati kau, Shida. Rupanya kau tak ikhlas berkawan dengan aku selama ini,' rintih Syaza.

"Rupanya kau yang tolak Syaza. Kalau Syaza lemas macam mana?! Hal ini boleh jadi kes polis!" Haikal yang dari tadi asyik mendiamkan diri, memberi peluang kepada Syaza dan Shahida berbicara mencelah. Baginya Shida sudah melampau! Bagaimana jika gadis kesayangan dia itu lemas?

"Suka hati akulah. Lagipun dia tak matikan? Aku benci dekat kau juga. So, berambus dari rumah aku dan heret perempuan tak guna ni!" tempik Shahida.

"Kau sebenarnya perempuan tak guna Shida, bukan Syaza," kata Nazrin tenang lalu keluar dari tempat persembunyiannya. Wajah Shahida bertukar pucat.

"Sejak... Sejak bila u..you ada kat situ?" tanya Shahida tergagap-gagap.

"Aku tak sangka betul kau dalangnya. Kau buat aku benci dekat Syaza selama sembilan tahun walaupun dia tak bersalah. Sembilan tahun jiwa aku terseksa sebab aku membenci orang yang aku cintai. Sembilan tahu aku menjadi plastik, berpura-pura menyukai kau," kata Nazrin lemah sambil meraut mukanya. Tiada lagi suara lantangnya menghamburkan kata. Dia betul-betul kesal. Syaza dan Haikal diam tidak berkutik. Memberi ruang kepada Nazrin dan Syaza berbicara.

"Nazrin, dengar dulu penjelasan I. apa yang you dengar tadi tak benar." rayu Shahida. Air matanya mula menitik menanggisi rahsianya yang telah terbongkar. Nazrin menggeleng kepalanya.

"Sudah cukup apa yang aku dengar tadi. Baguslah, aku dah tahu cerita yang sebenarnya. Dulu aku pernah ragu, tapi ego dan kemarahan menguasai diri. Aku membuat kesalahan besar dengan menerima perjodohan kita. Aku langsung tidak dapat mengelak,"

"Cerdik kau, kau tahu aku tak akan malukan papa dan mama kau dengan tidak naik ke atas pentas. Kau tahu apa sebabnya aku bawa Syaza ke parti ini? Jawapannya, aku mahu cuba berdamai dengan dia. Tapi lepas Syaza tuduh aku tolak dia ke dalam kolam, aku jadi marah. Jerat kau hampir mengena sekali tapi mujur Haikal ada dan memberitahu aku yang kaulah dalangnya. Kalau tidak, entah sampai bila kami akan terus membenci," kata Nazrin lagi. Raut wajahnya keruh.

"I minta maaf Nazrin. I lakukan semua ini sebab I cintakan you!" Shahida menggenggam erat tangan Nazrin. Nazrin langsung tidak membalas genggamannya.


"Cinta? Ini yang kau namakan cinta? Menipu!" suara Nazrin mula meninggi.

"Hei! Apa yang hebat sangat dengan perempuan tu? Apa kurangnya I? Perempuan tu dah la miskin, tak ada ibu bapa pulak tu. I jauh lebih kaya dan hebat daripada dia! Jadi, mengapa you lebih membela dia dari pada I? I ni tunang you!" jerit Shahida. Dia tidak seka ditengking.

"Correction. Bakal tunang, belum tunang lagi. Kau ingat aku akan teruskan pertunangan ni lepas dapat tahu semua pasal ini? Sebelum ini, aku terpaksa terima kau atas permintaan papa dan mama aku," kata Nazrin membuatkan Shahida terduduk. Hatinya hancur. Hancur!

"Syaza, jom balik," Nazrin menarik tangan Syaza lalu beredar dari bilik itu.

"Haikal, kan kau sukakan Syaza. Mari kita bergabung tenaga. Tentu kita dapat pisahkan mereka berdua. Kau dapat Syaza, aku dapat Nazrin," Shahida memberi rancangan. Dia berdiri dan memegang tangan Haikal. Haikal menolak keras tangannya.

"Aku mengaku aku sukakan Syaza dari dulu lagi. Walaupun kami hanya sempat berbual dua tiga kali, aku jatuh hati dengan kebaikan dan keikhlasan hatinya. Bila Nazrin tahu, semakin dia benci aku sebab dia pun sukakan Syaza. Aku berjanji untuk merampas Syaza darinya tapi takdir tidak menyebelahi. Aku terpaksa berpindah. Namun selepas sembilan tahun, rasa cinta itu masih ada,"

"Aku gembira dapat berjumpa dengan Syaza semula, tapi lepas mengetahui pengalaman mereka berdua akibat kau, aku rela mengalah. Aku tak sanggup nak pisahkan mereka lagi. Lagipun, aku tahu Syaza mencintai Nazrin walaupun dia fikir Nazrin yang menyeksanya selama ini. Aku tak fikir Syaza akan mencintai aku lebih daripada cintanya pada Nazrin. Maaf, aku tak boleh tolong kau. Aku tak mahu guna cara kotor macam kau!" Haikal turut keluar dari bilik itu, meninggalkan Shahida seorang diri. Shahida terduduk lagi. Kekalahan menjadi miliknya kini...

BAB 7 - CINTA ITU MILIK KITA

"Syaza, awak mahu pergi mana tu?" tanya Nazrin menghampiri Syaza dan Shida. Syaza yang sudah melangkah untuk pulang berhenti.

"Saya nak pulang encik. Saya dah letih ni," kata Syaza. Dia tidak berani merenung mata Nazrin. Takut perasaannya tidak dapat dikawal.
"Awalnya. Kenapa nak balik awal sangat?" tanya Nazrin lagi. Syaza terdiam. Panggilan aku kau sudah bertukar saya awak. Nazrin memanng pandai berlakon tapi dia perasan wajah Shida sudah berubah. Cemburu barangkali. Tapi memang hak Shida untuk cemburu. Nazrin adalah bakal tunangnya.

"Saya tak berapa sihat ni. Saya pergi dulu," kata Syaza lalu mula melangkah namun langkahnya terhenti apabila Nazrin memegang kejap tangannya. Syaza cemas.

"Awak tak sihat? Biar saya hantar awak balik?" kata Nazrin tanpa melepaskan tangan Syaza. Syaza memandang Shida. Sekarang wajah Shida benar-benar berubah. 'Kan kau benci aku, kenapa nak amik berat! Tolong jangan berlakon lagi,' marah Syaza dalam hati.

"Tak payah. Saya boleh balik sendiri, encik"

"Mana boleh awak tak boleh balik seorang, Syaza. Bahaya!"

"Tak payah risau. Aku yang akan hantar Syaza. Kau tak payah risau," Haikal mencelah. Dia merentap tangan Syaza dari tangan Nazrin. Mereka bertentang mata. Tajam. Syaza dapat merasakan aura yang tidak baik.

"Err.. Ye, kami pergi dulu," kata Syaza lalu melangkah.

"Syaza!! Nanti dulu!" Syaza mendegar suara Nazrin betul-betul dibelakangnya, tetapi dia tidak peduli. Dia terus melangkah. Tiba-tiba Syaza merasakan ada tangan yang menolak tubuhnya. Syaza hilang kawalan. Syaza meerasakan tubuhnya melayang lalu terjatuh ke dalam kolam renang. Syaza terkapai-kapai. Dia tidak pandai berenang. Badannya kesejukan dan atanya berbalam-balam. Akhirnya pandangannya gelap....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dia membuka matanya pelahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Apabila membuka matanya, wajah Shida muncul dihadapannya.

"Syukurlah awak dah selamat. Terkejut saya apabila tiba-tiba je awak terjatuh dalam kolam," kata Shida sambil menggengam tangan Syaza. Syaza hanya diam. Dia merenung sekeliling. Dia berada di atas katil di dalam bilik yang mewah. Dia mengagak ini kamar tetamu di rumah Dato' Hisham. Dia memandang pula tubuhnya yang sudah bertukar pakaiannya. Siapa yang menukar pakaiannya? Tentu Shida.

Dia cuba mengingati kejadian itu. 'Tangan itu! Ada tangan yang menolaknya. Tapi siapa? Siapa yang sanggup menolaknya? Nazrin! Nazrin saja yang berani menolaknya. Dendam Nazrin tidak pernah padam. Kenapa? kenapa?!' jerit Syaza dalam hati.

"Biar saya ambil sup ayam. Tentu awak sejuk, kan? Tunggu saya," kata Shida lalu menghilang di balik pintu. Syaza menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Menangisi nasibnya dibenci oleh orang yang dicintai. Sampai hati kau Nazrin!

"Macam mana keadaan kau? Dah baik?" suara Nazrin kedengaran. Syaza tersentak. Serentak itu dia bangun dari katil lalu menyarungkan tudungnya. Terhuyung-hayang badannya akibat badannya masih lemah. Nazrin segera menyambut Syaza.

"Lepaslah," kata Syaza lalu menjauhkan dirinya daripada Nazrin. Dia benci Nazrin! Benci!

"Saya tahu encik yang tolak saya ke dalam kolam, kan? Kenapa encik benci sangat dengan saya?!" jerit Syaza sedilit lantang. Air mata yang sedari tadi ditahan menitis dipipinya.

"Apa maksud kau ni? Aku tak faham," kata Nazrin kehairanan. Syaza mencebik. Nampaknya panggilan aku kau sudah kembali bila tiada orang disisi.

"jangan berlakon lagi! Biasanya encik berlakon dihadapan orang ramai tapi tidak saya. Encik memang nak saya mati ke? Saya tak sangka encik sanggup buat begini dekat saya," kata Syaza. Tangisannya sudah kering. Dia memukul-mukul bahu Nazrin. Dia betul-betul sakit hati dan tak mampu lagi menahan semuanya. Dia mahu lepaskannya semua hari ini.

"Apa maksud kau ada orang tolak kau? Kau jatuh sendirilah'" kata Nazrin sambil mencengkam tangan Syaza. Rimas dia melihat tangan halus itu bergerak-gerak.

"Saya boleh rasa. Ada tangan yang menolak saya dengan sengaja dan orang itu pasti encik. Encik ada dibelakang saya pada waktu itu. Encik juga bencikan saya!" jerit Syaza. Hilang semua kesantunan yang dimiliki selama ini.

"Kenapa dengan kamu ni? Lepas jatuh dalam kolam terus jadi tak betul?!" Nazrin mula membahang.

"Kenapa encik benci sangat dengan saya? Kan saya dah kata bukan saya yang adu kat Cikgu Idris pasal encik mabuk dan pergi kelab malam. memang saya ada terserempak dengan encik dalam keadaan mabuk tapi tak bermakna saya yang beritahu. Encik kan cerdik. Tentu encik boleh fikir. Tapi encik tak fikir! Encik tuduh saya, encik seksa saya. Dulu saya dah cukup terseksa, encik tak puas hati lagi ke?" kata-kata Syaza semakin kasar.

"Sepatutnya aku yang tanya kau macam tu. Aku yang terseksa disebabkan kau. Aku cuma mahu kau rasa, apa yang aku rasa. Kau yang minta semua itu!" tengking Nazrin. Syaza kecut perut tetapi amarah lebih menguasai dirinya.

"Apa yang saya buat pada encik sampai encik buat begini pada saya? Encik tak ada hak untuk seksa saya di atas sesuatu yang saya tidak lakukan. Encik ego!" Syaza membalas tengkingan Nazrin.

"Kau yang ego! Dulu aku sedar. Walaupun kau bersalah tapi aku keterlaluan pada kau. Aku berhenti malah aku mintak maaf lagi. tapi kau, kau tak serik-serik! Kau sebarkan pulak gambar aku masa mabuk kat sekolah. Semua budak-budak sekolah tahu. Habis reputasi aku. Lepas tu, selamba je kau blah dari sekolah tu! tengking Nazrin. Syaza terpana. Dia terdiam seketika. Selepas itu marahnya marak kembali.

"Bila pulak encik minta maaf dengan saya? Encik kata encik berhenti kenakan saya tetapi itu semua tipu. Seminggu sebelum saya pindah, semakin menjadi-jadi encik kenakan saya. Letak gam atas kerusilah. Habis koyak baju baru saya. Encik tahu tak, lama dah saya tunggu baju sekolah baru tapi encik rosakkannya. Mungkin bagi encik baju itu tidak bernilai, tapi bagi saya baju itu bernilai. Saya tidak kaya macam encik. Bukan itu aja, encik juga koyakkan buku saya, sembunyikan kasut saya, simbah cat kat beg sekolah saya, hantar surat yang mencaci saya dan macam-macam lagi. Jadi itu maksud encik yang encik dah sedar?!" Syaza menolak Nazrin. Hampir jatuh Nazrin dibuatnya.

"Bukan aku larh yang buat semua tu. Aku tak kejam macam kau!" jerit Nazrin sambil mencengkam bahu Syaza.

"Kan saya dah kata, bukan saya! takkan encik tak faham-faham. Sakitlah!" Syaza cuba melepaskan cengkaman Nazrin dibahunya tetapi tidak berjaya.

"Tidak! Kau memang patut diajar!" tengking Nazrin. Dia memperketatkan cengkamannya pada bahu Syaza. Syaza terjerit kecil.

"Lepaskan Syaza. Betul apa yang dia kata tu. Bukan dia yang adu kat Cikgu Idris pasal kau," Haikal tiba-tiba muncul lalu menolak Nazrin. Nazrin terduduk dilantai.

"Hei!! Siapa kau nak tolak and tengking aku hah?!! Kau tu tak tahu apa-apa, janganlah nak menyibuk!" Nazrin bangun dan berdepan dengan Haikal. Mukanya merah padam.

"Aku tahu siapa yang adu pada Cikgu Idris waktu itu. Aku juga tahu siapa yang mengedarkan gambar waktu kau mabuk. Orang itu pasti bukannya Syaza," kata Haikal dengan tenang. Syaza terpana.

"Awa..awak.. tahu, siapa sebenarnya orang itu? Siapa?!" tanya Syaza tidak sabar

"Jangan berlagak tahu. Kau sebenarnya tak tahu apa-apa pun!" tengking Nazrin. Mujur bilik tetamu itu terpencil sedikit. Kalau tidak pasti semua orang boleh dengar pertengkaran mereka.

"Kau sebenarnya tak tahu apa-apa. Kau bodoh! Ditipu hidup-hidup pun tak perasan," suara Haikal mula meninggi.

"Berani kau," kata Nazrin lalu meluru ke arah Haikal. Mahu ditumbuknya wajah tampan Haikal tetapi langkahnya terhenti apabila Syaza menghalang mengunakan tubuhnya.

"Sabar encik. Jangan diturutkan hati. Saya memang tidak bersalah. Jadi saya nak dengar penjelasan Haikal. Boleh kan?" tanya Syaza lembut. Dia harus berbuat begitu untuk menenangkan Nazrin. Nazrin yang mendengar meraup mukanya.

"Baiklah. Cepatlah cerita!" kata Nazrin lalu duduk di atas sofa yang memang sedia ada di dalam bilik tetamu yang mewah itu. Syaza dan haikal juga duduk di atas sofa yang berdekatan.

"Begini. Pada waktu itu, aku mahu berjumpa dengan pengetua," kata Haikal memulakan bicara.

"Kenapa kau nak jumpa dengan pengetua?" tanya Nazrin bosan. Dia seperti tidak berminat untuk mendengar cerita Haikal. Dia hanya ingin bermain-main. Haikal yang sedang bercerita menjeling tajam ke arah Nazrin.

"Boleh tak kau biarkan aku habis cerita dulu?!" tanya haikal geram. Nazrin tersenyum sinis.

"Aku mahu bertemu dengan pengetua kerana aku nak hantar borang pindah sekolah. Tapi waktu itu sudah petang dan semua pelajar sudah balik. Pengetua pun sudah balik. Jadi aku pergilah ke bilik guru. Manalah tahu masih ada guru yang tinggal. Nasib aku baik, Cikhu Idris tak balik lagi. Tapi sewaktu aku mahu berjumpa dengan Cikgu Idris, ada seorang pelajar perempuan ni terlebih dahulu berjumpa dengannya," cerita Haikal. Nazrin mengangkat keningnya. Mula menunjukkan minatnya terhadap kisah yang di ceritakan oleh Haikal.

"Secara lansung, aku terdengar perbualan diaorang. Yalah, waktu itu tiada orang lain dibilik guru. Budak perempuan itu cerita kat Cikgu Idris tentang perangai kau yang suka pergi ke kelab malam dan minum arak sampai mabuk. Kau juga suka berfoya-foya dengan perempuan kat kelab malam. Pada mulanya Cikgu Idris tak percaya, tetapi dia akhirnya percaya bila budak perempuan itu tunjukkan gambar sebagai bukti. Terus dia meradang tapi budak perempuan itu minta Cikgu Idris rahsiakan dari semua orag termasuklah pengetua. Katanya, Nazrin dan papanya pasti akan mencari pengadunya. Jadi Cikgu Idris berjanji. Lepas tu, budak perempuan tu pun blar," kata Haikal mengakhiri ceritanya.

"Siapa budak perempuan itu?" tanya Syaza tidak sabar.

"Kalau aku bagi tahu, pasti korang semua terkejut. Budak perempuan itu adalah.... Nurul Shahida merangkap tunang kau dan rakan baik Syaza!" kata Haikal bagai hilintar membelah tubuhnya. Dia tidah percaya!

"Kau jangan nak main-main dengan aku Haikal. Tidak mungkin Shahida dalangnya!" tengking Nazrin.

"Ya, Shida kawan baik saya. Dia yang selalu memujuk saya apabila Nazrin kenakan saya. Tidak mungkin dia yang lakukan semua ini. Apa motifnya!" marah Syaza pula.

"Kau kawan baik Shida? tapi aku tak pernah pun nampak kau bersama dengannya," tanya Nazrin kehairanan.

"Encik tak pernah manpak kami berdua sebab kami berdua bersama selepas sekolah. Kat sekolah kita pun hanya dua tiga orang je yang tahu kami ini kawan baik," jawab Syaza

"Sebenarnya aku tidak tahu apa motifnya mengadu kat Cikgu Idris tapi sekarang aku dah tahu selepas aku terdengar pebualan antara kau dengan Syaza. Aku rasa dia nak korang berdua saling membenci," Haikal membuat andaian. Nazrin bingkas bangun.

"Kau jangan nak mengarut," marah Nazrin. Syaza terdiam. Dia tidak mahu pencaya tetapi dia berasa ragu-ragu. Adakah dia tidak percaya akan sahabat karibnya sendiri, Shida?

"Kalau kau dan Syaza tak percaya, tanya sendiri pada dia. Dengar apa jawapannya," cadang Haikal.

"Baik. Aku akan tanya Shida sendiri," kata Nazrin lalu mula melangkah untuk keluar. Syaza menghalang.

"Lebih baik saya dan Haikal yang tanya dia. Encik sembunyi di tepi almari itu dan dengar saja perbualan kami,"

"
Kenapa pula?!" marah Nazrin.

"Tolong! Sekali ni je ikut cadangan saya. Lepas ini Shida akan sampai ke sini. Saya tak mahu dia nampak encik di sini," rayu Syaza. nazrin mendengus kasar lalu menyembunyikan tubuhnya disebalik almari yang besar.

Syaza mengeluh...

BAB 6 - CINTA ITU MILIK KITA

“Lucu sangat ke sampai ketawa kuat sebegitu?” sindir Nazrin pedas. Muka Syaza menahan marah. ‘Suka hati orang larh nak ketawa. Tak kan nak kena minta kebenaran kot,’ marah Syaza dalam hati.

“Hai Nazrin. Lama tak jumpa,” sapa Haikal sambil tersenyum. Nazrin berpaling ke arah Haikal. Wajahnya mengambarkan rasa terkejut namun segera bertukar dengan senyuman sinis.

“Ya. Lama tak jumpa kau, kawan lama,” kata Nazrin. Dia sengaja menekankan perkataan kawan lama. Lama Nazrin dan Haikal berpandangan. Syaza cemas melihatnya. Sejak dari sekolah rendah lagi mereka memang terkenal. Terkenal dengan permusuhan yang hebat. Mereka berdua sering bersaing dari segi pelajaran maahupun kokurikulum. Setiap orang di sekolah tahu tentang permusuhan mereka. Malah tiada siapa berani mencelah setiap kali mereka berbalas pandangan.

Kecut perut jadinya melihat renungan tajam seperti ada laser di antara mata mereka. Permusuhan mereka juga tidak pernah padam sehingga Haikal berpindah ke sekolah lain mengikut ibubapanya. Namun, dari renungan tajam dan kata-kata sinis antara mereka membolehkan Syaza membuat andaian yang

permusuhan mereka masih tidak terlerai.

“Kenapa?” tanya Nazrin. Dia menukar pandangan tajamnya dari Haikal ke Syaza. Kecut perut Syaza jadinya. ‘Kau nak marah ke Haikal, janganlah marah aku sekali,’ rungut Syaza dalam hati. Haikal hanya diam, mendengar perbualan mereka berdua.

“Er.. say.. saya tak selesalah kat sini. Parti ini tidak sesuai untuk saya,” jawab Syaza gugup. Sedaya upaya dia berusaha untuk tidak bercakap terketar-ketar. Renungan Nazrin betul-betul membuatnya rimas.

“Tak selesa? Ketawa pun boleh dikategerikan sebagai tak selesa? Penyakit baru ke?” sindir Nazrin lebih pedas. Berasap Syaza mendengarnya.

“En..”kata-kata Syaza terhenti apabila terdengar pengumuman menjemput para tetamu berkumpul di tepi kolam renang. Dia segera menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Dia tidak mahu bergaduh dengan Nazrin. Nanti dia juga terpaksa menahan rasa.

“Kenapa? Marah ke?” tanya Nazrin sinis. Syaza semakin berasap. Dia juga malu disindir begitu dihadapan Haikal.

"Kau jangan melampau Nazrin,” Haikal mencelah. Mungkin menyedari yang raut wajah Syaza sudah bertukar merah. “Jom kita pergi ke kolam renang. Ramai yang dah berkumpul,”ajak Haikal. Syaza mengangguk. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Nazrin.

“Hei! Siapa kau nak ajak dia sesuka hati? Dia ni pasangan aku jadi dia harus ikut aku!” jerit Nazrin sedikit lantang lalu menarik lengan Syaza mengikutinya. Syaza terjerit kecil akibat kesakitan. Beberapa orang tetamu berpaling melihat perlakuan Nazrin. Beberapa orang gadis juga mencebik bibir kerana cemburu.

“Lepaslah,” marah Syaza apabila sampai di tepi kolam renang. Nazrin melepaskan tangan tetapi langsung tidak meminta maaf. Syaza berdengus geram.

“Selamat datang kepada para tetamu semua. Saya berterima kasih kerana anda semua ke sambutan hari jadi satu-satunya anak saya,” kedengaran suara seorang lelaki bertubuh gempal sedang memberi ucapan. Dari lagaknya Syaza sudah tahu yang lelaki itu ialah Dato’ Hisham walaupun Syaza tak pernah berjumpa dengannya. Kedengaran bongkak dari suaranya.

“Saya amat gembira kerana kawan baik serta keluarganya sanggup datang ke majlis ini. Kami berkawan sejak dulu lagi,” kata Dato’ Hisham lalu menjemput dua orang lelaki dan seorang wanita naik ke atas pentas. Mereka juga seperti Dato’ Hisham, sangat bergaya dan berjenama sekali penampilannya.

“Tentu anda senua tertunggu-tunggu kehadiran anak saya kan? Jangan risau, dia sudah siap berhias. Jadi saya mempersilakan puteri saya naik ke atas pentas,” serentak dengan kata-kata itu seorang gadis bergaun merah jambu yang seksi naik ke atas pentas. Dia hanya memakai gaun setakat lutut dan leher, gaunnya juga luas menampakkan sebahagian dadanya. Semua tetamu memberi tepukan. Syaza memerhatikan gadis itu. Macam pernah lihat tetapi dimana ya??

“Inilah satu-satunya anak dan puteri saya, Nurul Shahida!” tepukan sekali lagi bergema. Gadis bernama Nurul Shahida itu tersenyum megah. Mungkin kerana menjadi perhatian ramai.

Namun, Syaza tidak begitu. Terasa dirinya disambar petir mendengar nama tersebut. Nurul Shahida ialah Shida, kawan baiknya! Syaza berpaling semula ke arah gadis tersebut. Sah! Memang Shida. Syaza memang tahu dia adalah anak orang berada tetapi, kenapa dia berpakaian seseksi itu? Setahunya, Shida tidak begitu. Walaupun tidak memakai tudung, Shida tetap menjaga kesopanan pakaiannya. Tapi dihadapannya ini adalah yang amat berbeza dengan Shida, kawan baiknya.

“Ada dua tujuan sebenarnya majlis ini diwujudkan. Pertama adalah untuk menyambut hari kelahiran puteri saya dan yang kedua adalah untuk mengumumkan pertunangannya dengan anak kawan baik saya iaitu Tengku Nazrin Syahmi. Bakal menantu saya ini dipersilakan naik ke pentas,” kata-kata Dato’ Hisham menghancurkan seluruh organ dalamannya. Syaza memandang Nazrin disebelahnya. Tenang. Dia hanya mampu melihat Nazrin naik ke pentas dan berdiri di sisi Shida tanpa berbuat apa-apa. Dia begitu terkejut.

Syaza memandang semula Nazrin dan Shida di atas pentas. Mereka kelihatan sepadan. Sepadan dari segi darjat dan paras rupa. Ramai yang memuji Nazrin dan Shida. Syaza menundukkan wajahnya. Dia keliru. Keliru kerana sebab inikah Nazrin membawanya ke parti ini? Untuk menunjukkan yang dia bakal bertunang? Keliru kerana Shida tidak memberitahunya apa-apa yang dia bakal bertunang dengan Nazrin sedangkan baru siang tadi dia menelefon Shida untuk engadu perihal Nazrin. Tidak mungkin Shida hanya tahu baru sebentar tadi. Hendak dikatakan dipaksa, wajah Shida kelihatan bahagia.

Syaza teriangat akan persahabatannya dengan Shida. Dia berkenalan dengan Shida setelah dicaci oleh Nazrin. Tersedu-sedu dia menangis. Shida yang melihat semua kejadian itu lalu memujuknya. Dia juga menasihatnya untuk bersabar. Sejak itu, dia berkawan dengan Shida tetapi dalam rahsia.

Shida adalah anak orang berada. Kata Shida, ramai yang akan cemburu dengan persahabatan mereka lalu cuba untuk memutuskannya. Jadi Shida member cadangan untuk mereka berkawan secara rahsia. Pada mulanya, Syaza pelik namun akhirnya mengalah. Dia tidak sanggup kehilangan Shida. Tidak ramai yang tahu dia berkawan rapat dengan Shida. Hanya dua dan tiga orang sahaja.

Syaza memandang Shida kembali. Secara kebetulan pandangan Syaza dan Shida bertemu. Senyuman di wajah Shida menjadi hambar serta-merta. Syaza menyedarinya. Dia mengharapkan penjelasan dari Shida. Sekarang juga!

“Tuan dan puan boleh kembali menjamu selera. Diharap anda semua berpuas hati dengan layanan kami. Terima kasih,” serentak dengan itu, para tetamu bersurai tetapi Syaza masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Dia mengharapkan penjelasan dari Shida. Shida yang mengerti mara kea rah Syaza meninggalkan Nazrin dan keluarganya.

“Syaza...” Shida memulakan bicaranya dengan nada serba salah.

“Apa ni Shida? Saya tak faham. Kenapa tak bagitau saya tadi?” tanya Syaza bertalu-talu.

“Saya minta maaf. Ini permintaan papa saya. Awakkan boleh tengok betapa gembiranya dia apabila saya akan bertunang dengan anak kawan karibnya itu. Lagipun, saya sudah jatuh hati pada dia,” kata Shida sedih, tapi entah kenapa Syaza tidak dapat melihat keikhlasan diwajah cantik itu.

“Kenapa awak tak bagitau saya? Kan tadi awak ada peluang?” tanya Syaza curiga.

“Saya tahu awak bermusuhan dengan Nazrin. Jadi saya tak tahu cara nak beritahu awak. Kawan baik awak bakal bertunang dengan musuh awak. Saya tak tahu apakah reaksi awak nanti,” kata Shida dengan sayu. Syaza terdiam. Ragu-ragu masih bertapak di hatinya tetapi Syaza cuba mengikis rasa itu. Dia tahu dia cemburu dengan Shida. Shida dapat bertunang dengan Nazrin, orang yang Syaza cintai. Tentulah dia cemburu.

Syaza menunduk wajahnya kebawah. Dia betul-betul harus melupakan Nazrin sekarang. Nazrin akan bertunang dengan kawan baiknya. Dia tidak boleh menaruh perasaan pada bakal tunang sahabat baiknya. Dia juga yang merana.

“Awak datang sini dengan siapa? Nazrin?” tanya Shida.

“Ya.. Hmm.. tahniah atas pertunangan awak,” ucap Syaza ikhlas. Dia tidak mungkin lagi mencintai Nazrin. Itu tekadnya.

“Terima kasih,” kata Shida lalu memeluk Syaza. Syaza membalas pelukan Shida. ‘Ini memang takdirku. Aku tiada jodoh dengan Nazrin’ rintih Syaza dalam hati. Tiada siapa yang tahu.

BAB 5 - CINTA ITU MILIK KITA

Syaza duduk di atas kerusi dengan wajah yang bosan. Dia merenung gelagat orang raamai sambil meneguk minumannya. Dia langsung tidak mengenali mereka. Namun dari segi pemakaian dan percakapan, Syaza pasti mereka semua bukan calang-calang orang. Dia berasa kerdil dihadapan mereka semua.


Syaza memandang pula Nazrin yang berada tidak jauh dari situ. Nazrin sedang rancak berbual dikelilingi dengan gadis-gadis jelita. Dia geram melihatnya. Geram kerana dia ditinggalkan terpinga-pinga seorang diri sejak sampai ke parti Dato’ Hisyam. Nazrin pula sibuk dengan mengurat! Sekali sekala Syaza menangkap senyuman yang dilemparkan oleh Nazrin kepada gadis-gadis tersebut. Syaza berasa pilu pula melihat senyuman

itu. Terasa
hatinya bagai ditusuk sembilu... Nazrin tidak lagi senyum kepadanya selepas peristiwa itu. Yang ada hanyalah senyumaan sinis yang boleh menyebabkan darah Syaza menggelegak.

Syaza berasa cemburu juga melihat Nazrin boleh senyum sebegitu manis dengan perempuan lain tetapi bukan dirinya. Dalam hati dia mengutuk orang yang mengadu kepada Cikgu Idris perihal Nazrin. Aduan itu merubah layanan Nazrin terhadap dirinya. Nazrin juga menjadi kaki perempuan. Namun ada baiknya juga aduan itu. Sekurang-kurangnya Nazrin mendapat hukuman terhadap perbuatannya yang ‘lagha’.


Syaza meneguk semula minumannya. Rasa menyesal pula dia mengikut Nazrin. Sepatutnya dia berkeras tidak mahu datang ke parti ini. Parti ini tidak sesuai dengannya. Muzik yang mendayu membuatnya semakin mengantuk. Dia berpaling melihat sekumpulan gadis di sebelah kolam renang yang asyik ketawa dari tadi. Gaun malam mereka kebanyakannya mendedahkan badan terutamanya pada bahagian bahu dan leher. Syaza geleng melihat mereka. Tidak sepatutnya mereka mendedahkan bahagian tubuh mereka sesuka hati.


Syaza kembali meminum minumannya namun sudah tiada apa yang keluar. Rupanya gelasnya sudah kosong. Syaza mengeluh sendirian. Dia mahu pulang. Dia sudah tidak betah untuk tinggal di situ. Malah, apa tujuan majlis itu pun dia tidak tahu! Syaza cuba mencari Nazrin namun tidak jumpa. Sekali lagi dia mengeluh. Macam mana dia nak balik tanpa Nazrin? ‘Arghhh’ jerit Syaza dalam hati.


“Hai,” sapa satu suara. Syaza berpaling. Seorang lelaki tampan berdiri dihadapannya dengan dua gelas di tangan. Dia kemudiannya duduk di sebelah Syaza tanpa meminta kebenaran. Syaza terpana. ‘Apa gila ke lelaki ni?? Selamba badak dia je nak tegur aku... Tapi dia ada badak ke?? Ahh, lantak larh..'

“Ni untuk awak,” kata lelaki itu lalu menghulurkan gelas berisi air berwarna merah kepada Syaza. Beberapa orang gadis memerhati perlakuan lelaki itu. Di wajah mereka jelas terpancar perasaan cemburu dan benci. Syaza tidak selesa dengan renungan para gadis tersebut. Dia teragak-agak untuk mengambil gelas tersebut namun diambilnya juga. Tidak sopan rasanya jika dia tidak mengambilnya.

“Awak ni Anis Syazana, kan” tanya lelaki itu. Syaza pantas berpaling merenung wajah tampan itu. Wajah itu macam pernah dilihatnya, tapi dimana yerh??

“Macam mana awak tahu nama saya??” tanya Syaza kehairanan. Mindanya tercari-cari dimanakah dia pernah berjumpa dengan lelaki ini namun gagal mengenalpastinya.

“Kita sama sekolah menengah dulu. Nama saya Haikal Fahmi” kata lelaki itu dengan senyuman. Sayza terpana. Baru dia teringat siapakah jejaka ini. Rasa tak percaya menyelubunginya. Tapi, lelaki itu masih mengingati namanya walaupun mereka hanya berbual beberapa kali.

“Maaf, saya baru teringat,” kata Syaza

“Tak apa. Lagipun saya kan pindah sekolah lain pula. Hmm.. saya dengar awak pun pindah sekolah jugak,” kata Haikal lagi. Syaza menjadi semakin bingung

“Macam mana awak tahu? Waktu tu kan awak dah pindah sekolah,” tanya Syaza lagi. ‘Aku ni bukannya popular sangat kat sekolah sampai berita aku pindah pun boleh sampai kat dia’ kata Syaza dalam hati.

“Adalah,” kata Haikal sambil mengangkat keningnya. Syaza terpana! ‘Hensemnye dia.. Walaupun tak se hensem Nazrin tapi macam ni still ok,’ puji Syaza nakal dalam hati.

“Awak datang dengan siapa?” tanya Haikal. Syaza berdengus geram.

“Bos saya. Dia yang suruh saya datang sini,” kata Syaza mengawal geram. Dia betul-betul geram dengan sikap Nazrin yang meninggalkannya seorang diri. Terkapai-kapai seperti orang bodoh.

“Oh... kat mana bos awak sekarang?? Kenapa awak sorang-sorang je?” Haikal bertannya kehairanan.

“Saya pun tak tahu. Tadi ada, lepas tu dah lesap pula,” jawab Syaza bosan. Sudah malas memikirkan Nazrin. Tak kuasa hatinya nak membenci. Dirinya sudah cukup penat sekarang. Tidak perlulah ditambah rasa bencinya kepada Nazrin. Nanti dirinya sendiri yang menderita... tak ke payah tu.

“Tak patut dia tinggalkan awak sorang-sorang. Apatah lagi yang secantik dan semanis awak,” Haikal memuji dengan senyuman. Syaza tertawa mendengar kenyataan yang baru diungkapkan oleh Haikal.

“Yalah tu. Saya percaya sangat apa yang awak cakapkan itu,” kata Syaza setelah menghentikan ketawanya. Dia tidak mudah melatah dengan pujian lelaki itu. Baginya lelaki hanya bermulut manis tetapi tidak hatinya. Kisah-kisah percintaan yang memilukan sering mengajarnya agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis insan yang bergelar lelaki.

“Saya tidak bergurau Syaza,” kata Haikal ssedikit tegas. Syaza terus mengangguk, tidak mahu bertengkar dengan jejaka dihadapannya itu.

“Kenapa kamu tak pergi berbual dengan gadis-gadis di situ? Mereka lebih cantik dan seksi,” tanya Syaza sambil menunding jari ke arah sekumpulan gadis yang asyik memandang dia dan haikal sejak tadi.

Haikal turut memandang sekumpulan gadis itu. Gadis-gadis tersebut berbisik-bisik sesama sendiri apabila menyedari Haikal memandang mereka. Masing-masing melemparkan senyuman dan ada yang melambi tangan kepada Haikal. Haika membalas senyuman dan lambaian mereka. Selepas itu dia kembali memandang Syaza. Syaza turut mengalihkan pandangannya.

“Hmm... Boleh tahan. Tapi saya prefer awak lagi,” kata Haikal. Syaza terkejut tetapi rasa terkejutnya mati apabila melihat Haikal ketawa. Dia pun turut ketawa. Entah kenapa dia rasa mesra dengan lelaki ini.

"Apa yang lucu sangat tu?" belakang mereka. Syaza segera berpaling. Sah! Nazrin!

BAB 4 - CINTA ITU MILIK KITA

Syaza duduk di sudut perhentian bas itu dengan memeluk lututnya. Dia tidak memperdulikan keadaan perhentian bas itu yang sunyi dan hari yang hampir senja. Syaza menahan air matanya daripada tumpah ke pipi tetapi tidak berjaya. Air matanya mengalir deras. Terhinju-hinjut bahunya menahan tangis daripada terus mengalir.

“Ma, pa, kenapa tinggalkan Sya?” rintih Syaza dalam sendu. Dirinya ibarat dipanah petir apabila mendengar berita kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya petang tadi. Terasa kelam dunianya. Dia tiada lagi ibu bapa!

Air mata Syaza semakin mengalir. Dia betu-betul pilu. Apatah lagi mengenangkan dia masih bersekolah dan Aiman masih kecil tetapi sudah kehilangan ibu bapa. Dia baru berumur 15 tahun dan Aiman baru 4 tahun. Tidak adil! Dalam sendunya, tiba-tiba ada sehelai sapu tangan dihulur kepadanya. Syaza mendongak. Ingin mengetahui gerangan siapakah yang menghulurkan sapu tangannya kepadanya. Terpaku Syaza seketika.

“Awak tak nak lap air mata awak ke? Ambillah. Tangan saya dah lenguh ni,” kata lelaki tersebut sambil tersenyum. Syaza malu sendiri. Sedar dirinya terlalu lama merenung wajah lelaki tersebut. Dia segera menyambut sapu tangan bewarna biru itu dan menunduk kepala. Dia berasa malu dengan kelakuannya tadi. Dia juga malu apabila lelaki tersebut melihat wajahnya ketika menangis. Dia pasti, wajahnya pasti kelihatan hodoh sekarang. Ah, malunya!

“Kenapa tunduk? Tak nak tengok muka saya ke? Saya tahu saya tak handsome. Tapi, tak baik tau tak pandang muka orang apabila bercakap,” seloroh lelaki tersebut di sebelah Syaza. Syaza tersentak. ‘Bila masa pulak mamat ni duduk sebelah aku?’ tanya Syaza dalam hati sahaja. Tidak terluah di bibirnya.

“Terima kasih,” ucap Syaza. Dia mula mengangkat wajah. Dia memandang wajah lelaki di sebelahnya itu. Dia bagai tidak percaya yang lelaki itu disebelahnya. Lelaki itu adalah seniornya dan dari golongan elit di sekolahnya. Malah, dia adalah seorang pengawas dan mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan. Ramai gadis di sekolahnya mencuba untuk mendekatinya. Terutamanya yang sedarjat dan sesempurna dia.

Syaza dan rakan-rakannya hanya mampu memandang dari jauh sahaja. Dia hanya dari keluarga yang sederhana. Jadi, memang logik kalau dia tidak pernah bercakap dengan lelaki itu. Malah, kalau bertembung pun dari jauh sahaja. Lelaki itu pula selalu bersama dengan golongan-golongan elit.

Lucu juga bila teringatkan Izzah yang mati-mati sukakan lelaki ini. Setiap kali bertembung dengan lelaki ini, pasti Izzah akan menjerit keriangan dan tersenyum sepanjang hari. Katanya, lelaki ini sangat sempurna. Sesuai untuk dijadikan calon suami! Dia pun selalu diheret sekali merenung lelaki tersebut setiap kali ternampak kelibatnya. Tapi, sudah semestinya lelaki ini tidak pernah perasankan kehadiran Izzah dan dia yang selalu memerhatikannya.

“Kenapa awak menangis sorang-sorang kat sini? Senja pulak tu. Tak takut kena culik ke?” tanya lelaki itu sambil berseloroh apabila melihat Syaza hanya diam. Syaza yang mendengar semakin pilu. Air matanya kembali mengalir. Dia teringatkan ibu bapanya kembali. Tidak dihiraukan lelaki itu di sebelahnya

“Awak boleh luahkan masalah kepada saya. Sekurang-kurangnya awak tak pendam dalam hati dan menangis keseorangan. Sangat sunyi, menangis keseorangan,” kata lelaki itu lembut. Entah kenapa, Syaza merasa ada getar pada suara lembut lelaki itu. Kedengaran seperti dia juga menahan pilu di hatinya.
“Awak pun jangan pendam dalam hati, masalah awak. Awak kata sangat sunyi pendamkan masalah keseorangan. Jadi, luahkan sahaja,”giliran Syaza pula menasihati. Lelaki itu tersentak. Mungkin terkejut dengan andaian Syaza. Namun, wajah terkejutnya berubah keruh selepas itu. Dia mengeluh lalu berkata.
“Saya tertekan sangat sekarang. Semua orang menyangka saya sempurna. Semua orang menaruh harapan pada saya. Tapi, saya tak sempurna..”wajah lelaki itu semakin keruh. Menunjukkan yang kepedihan itu telah disimpan sekan lama ”..Saya juga mahu hidup seperti remaja biasa. Keterlaluan sangat ke, permintaan saya itu? Saya tak hidup saya diatur. Saya tak mahu jadi boneka mereka. Mungkin, mereka gembira tapi saya, saya yang menderita! Saya juga manusia biasa. Saya mahu bebas seperti remaja lain. Tapi, kenapa dari kecil lagi saya berbeza? Kenapa?” lirih sekali suara lelaki itu. Syaza kehilangan kata-kata. Dia tidak pernah menyangka yang lelaki yang dilihat sempurna oleh semua orang mempunyai masalah sebegitu. Ini juga kali pertama Syaza melihat raut keruh di wajah tampan itu.

“Mereka melakukan begitu untuk kebaikan awak. Mereka mahu awak berjaya dan dipandang tinggi. Hasilnya sudah boleh dilihat sekarang. Awak menjadi perhatian ramai dan mendapat keputusan yang cemerlang,” kata Syaza selepas berfikir seketika. Lelaki itu tersenyum sinis mendengar kata-kata Syaza.

“Kebaikan saya? Adakah saya bahagia begini?” tanya lelaki itu lagi. Bibirnya masih terlukis senyum sinis. Sekali lagi Syaza terkedu.

“Awak boleh cuba bercakap dengan mereka. Mereka pasti memahami. Lagipun, mereka ibu bapa awak. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak-anaknya menderita,” kata Syaza lagi. Lelaki itu tersenyum sinis lagi. Syaza pelik.

“Awak percaye ke cerita saya? Yalah, kita baru jumpa tapi saya dah cerita awak masalah saya. Tak pelik ke? Mungkin saya menipu awak hanya untuk mengenakan awak,” kata lelaki itu. Syaza terpempan. Betul juga apa yang dikatakan lelaki itu. Tapi, kenapa dia merasakan yang dia tidak menipu?

“Awak tak menipu,” kata Syaza perlahan. Lelaki itu tersentak. Kemudian di tersenyum sinis lagi.

“Macam mana awak tahu? Awak ni ahli nujum ke?” tanya lelaki itu sambil ketawa.

“Masalah awak itu sudah jelas di wajah awak. Tak guna awak sembunyikan dengan tawa,” kata-kata Syaza menghentikan ketawa lelaki itu. “Sekurang-kurangnya awak masih ada ibu bapa. Tak seperti saya. Saya dah tak ada. Awak masih ada mereka walaupun mereka mereka memaksa awak tapi saya tak bernasib baik seperti awak. Hargailah mereka sementara mereka masih boleh bersama awak,” Syaza berkata lagi. Lelaki itu terdiam. Mungkin memikirkan kata-kata Syaza.


“Jadi, sebab itulah awak menangis tadi?” tanya lelaki itu. Saya mengangguk. Dadanya berasa sebak. Lelaki itu juga diam. Tiba-tiba Syaza bangun.

“Sudahlah. Tak guna bersedih. Hidup harus diteruskan,” kata Syaza. Lelaki itu juga bangun.

“Lebih baik saya perkenalkan diri dulu sebelum balik. Saya Anis Syazana,” kata Syaza. Syaza menghulurkan tangan. Lelaki itu menyambut huluran itu lalu berkata.

“Saya Tengku Nazrin Syahmi…”

“Woi! Kenapa tak keluar lagi dari kereta tu? Kau ingat kau ni puteri ke nak kena bukakan pintu?” kata-kata kasar Nazrin menghapuskan lamunan Syaza. Syaza tersentak. Baru dia sedar dia sudah mengelamun terlalu jauh. Dia segera keluar dari kereta dan menuruti langkah Nazrin. Sambil itu fikirannya melayang.

Memang, Syaza akui dia sudah jatuh cinta kepada Nazrin sejak dulu lagi. Sikap Nazrin yang baik menambat hatinya. Namun, sikap Nazrin berubah 100% selepas tragedi tersebut. Syaza berasa sakit setiap kali dikenakan dan dimarahi Nazrin. Terluka hatinya apabila dilakukan begitu terhadap orang tersayang. Setiap kali dia dikenakan Nazrin, dia akan mengutip sisa-sisa sabar yang berterabur. Hatinya yang hancur juga cuba dicantum kembali. Namun dia tidak dapat bertahan. Oleh sebab itulah, kerap dia mengalirkan air mata.

Dia tinggal di rumah ibu saudaranya tetapi ibu saudaranya mahu berpindah ke Pahang. Jadi, apabila ibu saudaranya mengajaknya tinggal di Pahang, Syaza tidak menolak. Dia tidak mahu terus terluka akibat perbuatan Nazrin. Dia juga tidak mahu Nazrin semakin benci kepadanya. Lima tahun berlalu, Syaza fikir cintanya terhadap Nazrin sudah pudar. Namun, sangkaanya meleset. Dia masih mencintai Nazrin. Dia merasa sakit yang amat sangat di hatinya setiap kali Nazrin mesra dengan teman-teman wanitanya di hadapannya. Syaza benci dirinya yang masih mencintai Nazrin walaupun dia teruk dilukai. Jika dia diberi pilihan, dia tidak mahu mencintai Nazrin. Mencintai Nazrin, seperti merobek-robek hatinya sendiri.

“Awak bawa saya ke mana ni?” tanya Syaza sambil memerhatikan ruang mewah yang dipenuhi dengan baju-baju yang cantik dan elegan.

“Butik pakaian. Takkan aku nak bawa kau pergi parti pakai baju kurung tu je. Jatuh nama aku,” kata Nazrin kasar tetapi perlahan. Syaza berkecil hati. Nazrin tidak habis-habis menghina penampilanya.

“Tolong carikan baju yang sesui dengan dia untuk ke parti. Kalau boleh, solekkan dia sekali,” kata Nazrin lembut kepada seorang wanita. Wanita itu mengangguk dan tersenyum. Syaza mengetap bibir. Kenapa dia tidak boleh bercakap lembut begitu denganku?

“Cik, ikut saya,” kata wanita tersebut lalu berjalan meninggalkan Nazrin. Syaza memandang sekilas Nazrin lalu menuruti langkah wanita tersebut.

Syaza berjalan dengan berhati-hati ke arah Nazrin yang membelakanginya. Takut tersandung gaunnya yang labuh itu. Berdebar-debar hatinya apabila memikirkan reaksi Nazrin nanti. Entah apa komen Nazrin nanti terhadap penampilannya.

Keadaannya sekarang seperti babak dalam drama Korea. Heroin yang sudah disolek cantik-cantik akan berjalan dengan lemah lembut ke arah hero yang sudah menunggu. Hero akan terpegun dengan kecantikan heroin dan akan memujinya cantik. Syaza tersenyum nakal apabila memikirkan itu. Alangkah bahagianya jikalau Nazrin adalah hero dan dia adalah heroin dalam drama. Pasti dia akan bahagia dengan Nazrin sebab hero akan bersama dengan heroin akhirnya!
“Encik,”panggil Syaza perlahan apabila sudah berada di belakang Nazrin. Nazrin memalingkan wajahnya. Dia memandang Syaza. Lama. Syaza malu ditenung begitu. Pipi yang sudah merah dengan pemerah pipi semakin merah. Dia juga tidak sabar mendengar komen dari Nazrin tentang penampilannya. Dalam malu itu dia sempat juga menilik penampilan Nazrin. Wow! Dengan gaya yang yang santai tetapi bergaya menjadikan ketampanan wajahnya semakin menyerlah. Warna kemejanya yang sedondon dengan gaun Syaza menyebabkan Syaza merasakan yang dia dan Nazrin seperti pasangan kekasih.

“Hmm, ok. Kita pergi sekarang. Dah lambat ni,” kata Nazrin selamba lalu meninggalkan Syaza terkulat-kulat seorang diri. Syaza terkedu. Itu je? Itu je ke komen dia? Aku pakai cantik-cantik, bersolek cantik-cantik, dia kata itu aje?!

Syaza memandang badannya di dalam cermin di sudut kedai itu dengan hati yang geram. Gaun bewarna hitam mengikut bentuk badan menutupi badannya yang ramping. Kain jarang hitam yang dihiasi labuci dan manik yang berkilauan menghiasi sikunya hingga ke hujung lengannya. Baju bewarna gelap menyerlahkan warna kulitnya yang cerah. Syaza memandang pula tudung yang dililit cantik sekeliling lehernya menampakkan bentuk lehernya yang jinjang. Dia juga turut merenung solekan di wajahnya. Natural dan lembut. Ini kali pertama dia berhias secantik itu tetapi adakah dia tidak cukup cantik? Kalau tidak, mengapa Nazrin tidak langsung memujinya? Hendak dikatakan malu, Nazrin langsung tidak tahu malu!

“Hei! Tak puas lagi ke tilik muka dalam cermin?” kedengaran suara sinis Nazrin mnyebabkan Syaza tersentak. Dia memandang geram Nazrin yang sudah menuju ke kereta. Syaza mengutuk Nazrin dalam hati. ‘Menyesal aku puji dia tadi!’