"Syaza, ni sup ayamnya," kata Shahida lalu meletakkan mangkuk yang berisi sup ayam di atas meja. Dia berpaling dan menghadap Syaza yang sedang duduk di atas katil. Haikal pula sedang duduk di sisi Syaza."Haikal pun ada kat sini? Kamu berdua ni ada apa-apa ke?" tanya Shida sambil tersenyum manis. Syaza terdiam. Tidak mungkin kawan karibnya ini penyebab deritanya. Tidak mungkin!
"Shida, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Syaza. Dia memandang Haikal untuk mendapatkan sedikit kekuatan. Haikla hanya mengangguk.
"Ya, ada apa?" tanya Shahida lalu mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.
"Er.... Aw.. Awak ke yang mengadu kat Cikgu Idris pasal Nazrin mabuk dan pergi ke kelab malam tu?" tanya Syaza tergagap-gagap. Raut wajah Shahida kelihatan terkejut.
"Siapa yang bagi tahu awak, Syaza?"
"Saya yang bagi tahu dia. Saya nampak awak jumpa dengan Cikgu Idris lepas waktu persekolahan. Awak minta Cikgu Idris jangan beritahu yang awak yang adu pasal Nazrin," celah Haikal. Wajah Shahida berubah pucat.
"Syaza, awak.. awak percayakan saya, kan? Awak percayakan, bukan saya yang mengadu dekat Cikgu Idris? Awakkan kawa baik saya," kata Shahida. Syaza hanya berdiam diri.
'Banyak betul simpang jalan dalam otak aku. Yang mana satu aku nak percaya ni,' Syaza bingung. Otaknya terasa tepu.
"Jadi, betullah yang kau mengadu pada Cikgu Idris? Kenapa?" tanya Syaza. Rasa terkejut masih tidak hilang.
"Kenapa?! Kau tanya kenapa? Sebabnya senang. Aku benci kau selalu dapat perhatian daripada lelaki! Aku benci kau rapat dengan Nazrin. Aku benci!!" jerit Shahida. Syaza tergamam.
"Untuk pengetahuan kau, sewaktu Nazrin dan kau pertama kali berbual, aku ada pada waktu itu. Aku dengar semua perbualan kau dengan Nazrin. Kau tahu kenapa Nazrin sedih je waktu itu? Jawapannya adalah dia baru tahu yang kami akan dijodohkan oleh ibubapa kami. Dia tak suka kat aku. Dia tolak mentah-metah cadangan tu. Tapi aku, aku suka kat dia! Jadi, bila aku nampak korang berdua, aku sakit hati. Terutamanya hubungan korang semakin hari semakin mesra. Hancur hati aku,"
"Mungkin tuhan nak tolong aku. Aku terserempak pula dengan kau sewktu kau terserempak dengan Nazrin dalam keadaan mabuk. Aku gunakan cara tu untuk buat korang berdua saling membenci. Jadi, aku ambil gambar Nazrin dan aku bagi dekat Cikgu Idris. Tindakan bijak aku tu berjaya buat Nazrin percaya yang kau mengadu. Aku kenal Nazrin. Dalam lembut, ada juga ganasnya. Aku tahu dia akan balas dendam. Sebab tu aku dekati kau. Kita jadi kawan baik, tapi aku suruh kau rahsiakan. Kenapa? Aku tak nak nazrin curiga. Aku mahu dia jadi milik aku!"
"Untuk pengetahuan kau lagi, sebenarnya Nazrin taklah teruk sangat kenakan kau. Aku yang sengaja tambah. Contoh, sewktu kau kena siram dengan air, aku yang tolak tangan Nazrin biar baldi air itu jatuh atas engkau. Aku ingat rancangan aku dah cukup baik, tapi tidak. Nazrin menyesal kenakan kau begitu. Dia tak tahan. Tahu kenapa? Sebab dia sukakan kau. Sakit jiwa aku, tau! Dia ada letak sura
t minta maaf dalam buku kau. Aku terjumpa dan aku ambil,"
"Aku tukar surat itu dengan cacian. Aku tahu kau akan berpindah ke Pahang, jadi aku kenakan kau lebih teruk lagi. Aku letak gam dekat kerusi, aku sembunyikan kasut kau, aku simbah cat kat beg kau dan banyak lagi. Nazrin langsung tidak buat itu semua. Aku mahu kau pahat kebencian dalam diri kau sebelum kau berpindah. Perkara sama aku lakukan pada Nazrin. Aku sebarkan gambar mabuk dia di seluruh sekolah. Jadi dia semakin membenci kau!" jerit Shahida. Syaza dan Haikal yang mendengarnya tergamam. Nazri yang bersembunyi juga tergamam.
"Kenapa kau sanggup buat begini? Kita kan kawan?" tanya Syaza. Air matanya sudah merembas keluar.
"Kawan? Aku tak pernah anggap kau kawan. Hei! sedar diri sikit. Kau tu miskin, mana sesuai berkawan dengan aku. Aku masih berhubung dengan kau selepas kau berpindah pun sebab aku nak pastikan kau tak bertemu dan rapat dengan Nazrin. Andaian aku betul. Kau berjumpa semula dengan Nazrin. Jadi setiausaha dia lagi! Silap aku, aku lupa nak bagi tahu kau kat mana Nazrin berkerja. Dia tak bekerja di syarikat papa dia. Nak timba pengalaman, konon," kata Shahida lalu mencebikkan bibirnya.
"Hmm, lagi satu. Kau nak tahu tak kenapa Nazrin dengan Haikal bermusuh sampai ke hari ini?" Pada mulanya disebabkan perkara kecil je seperti bersaing dalam pelajaran tapi bila Haikal turut jatuh hati pada kau, mereka menjadi seperti musuh ketat," kata-kata Shahida itu membuatkan Syaza dan Haikal terkejut. Merah padam muka Haikal dan Syaza menyambutnya dengan senyuman. 'Takkanlah Haikal boleh tangkap cintan dengan aku. Kita orang berbual dua tiga kali sahaja.'
"Kau tak percaya? suka hati kaulah. Tapi, aku nak ingatkan kau. Jangan sesekali rapat dengan Nazrin. Aku benci. Lagipun, dia tu tunang aku. Kalau kau pernah anggap aku sebagai kawan sebelum ni, jangan jumpa dia. Berhenti kat tempat kerje kau dan cari tempat kerja yang lain. Kalau susah, biar aku yang tolong carikan untuk kau," kata Shahida sambil berpeluk tubuh. Dia langsung tidak memandang Syaza.
"Awak tak perlu risau. Kan tadi awak beritahu yang Nazrin bencikan saya dan dia sukakan awak. Jadi tak ada perlunya saya berhenti kerja," bantah Syaza. Dia tidak mahu menurut perintah kawannya yang mengkhianatinya.
"Memang dia bencikan kau. Tapi rasa sayang tu masih ada lagi. Aku boleh nampak dari cara dia pandang kau. Sebab tu aku tolak kau ke dalam kolam. Aku nak malukan kau, aku nak kay sangka yang Nazrin tolak kau, tapi aku silap. Aku lupa yang kau tu tak tahu nak berenang. Jadi, Nazrin dengan Haikal pun berlagak hero dengan terjun ke dalam kolam dan selamatkan kau. Semakin aku benci kau! Jadi, keluar dari hidup aku dan Nazrin. Jangan ganggu hidup kami lagi!" jerit Shahida. Syaza terkejut. Shahida yang menolaknya? Haikal dan Nazrin pula yang menyelamatkannya? Baru dia sedar yang Nazrin dan Haikal sudah bertukar pakaian sepertinya. Syaza mengurut dada. Rasa sebak timbul dihatinya. 'Sampai hati kau, Shida. Rupanya kau tak ikhlas berkawan dengan aku selama ini,' rintih Syaza.
"Rupanya kau yang tolak Syaza. Kalau Syaza lemas macam mana?! Hal ini boleh jadi kes polis!" Haikal yang dari tadi asyik mendiamkan diri, memberi peluang kepada Syaza dan Shahida berbicara mencelah. Baginya Shida sudah melampau! Bagaimana jika gadis kesayangan dia itu lemas?
"Suka hati akulah. Lagipun dia tak matikan? Aku benci dekat kau juga. So, berambus dari rumah aku dan heret perempuan tak guna ni!" tempik Shahida.
"Kau sebenarnya perempuan tak guna Shida, bukan Syaza," kata Nazrin tenang lalu keluar dari tempat persembunyiannya. Wajah Shahida bertukar pucat.
"Sejak... Sejak bila u..you ada kat situ?" tanya Shahida tergagap-gagap.
"Aku tak sangka betul kau dalangnya. Kau buat aku benci dekat Syaza selama sembilan tahun walaupun dia tak bersalah. Sembilan tahun jiwa aku terseksa sebab aku membenci orang yang aku cintai. Sembilan tahu aku menjadi plastik, berpura-pura menyukai kau," kata Nazrin lemah sambil meraut mukanya. Tiada lagi suara lantangnya menghamburkan kata. Dia betul-betul kesal. Syaza dan Haikal diam tidak berkutik. Memberi ruang kepada Nazrin dan Syaza berbicara.
"Nazrin, dengar dulu penjelasan I. apa yang you dengar tadi tak benar." rayu Shahida. Air matanya mula menitik menanggisi rahsianya yang telah terbongkar. Nazrin menggeleng kepalanya.
"Sudah cukup apa yang aku dengar tadi. Baguslah, aku dah tahu cerita yang sebenarnya. Dulu aku pernah ragu, tapi ego dan kemarahan menguasai diri. Aku membuat kesalahan besar dengan menerima perjodohan kita. Aku langsung tidak dapat mengelak,"
"Cerdik kau, kau tahu aku tak akan malukan papa dan mama kau dengan tidak naik ke atas pentas. Kau tahu apa sebabnya aku bawa Syaza ke parti ini? Jawapannya, aku mahu cuba berdamai dengan dia. Tapi lepas Syaza tuduh aku tolak dia ke dalam kolam, aku jadi marah. Jerat kau hampir mengena sekali tapi mujur Haikal ada dan memberitahu aku yang kaulah dalangnya. Kalau tidak, entah sampai bila kami akan terus membenci," kata Nazrin lagi. Raut wajahnya keruh.
"I minta maaf Nazrin. I lakukan semua ini sebab I cintakan you!" Shahida menggenggam erat tangan Nazrin. Nazrin langsung tidak membalas genggamannya.
"Cinta? Ini yang kau namakan cinta? Menipu!" suara Nazrin mula meninggi.
"Hei! Apa yang hebat sangat dengan perempuan tu? Apa kurangnya I? Perempuan tu dah la miskin, tak ada ibu bapa pulak tu. I jauh lebih kaya dan hebat daripada dia! Jadi, mengapa you lebih membela dia dari pada I? I ni tunang you!" jerit Shahida. Dia tidak seka ditengking.
"Correction. Bakal tunang, belum tunang lagi. Kau ingat aku akan teruskan pertunangan ni lepas dapat tahu semua pasal ini? Sebelum ini, aku terpaksa terima kau atas permintaan papa dan mama aku," kata Nazrin membuatkan Shahida terduduk. Hatinya hancur. Hancur!
"Syaza, jom balik," Nazrin menarik tangan Syaza lalu beredar dari bilik itu.
"Haikal, kan kau sukakan Syaza. Mari kita bergabung tenaga. Tentu kita dapat pisahkan mereka berdua. Kau dapat Syaza, aku dapat Nazrin," Shahida memberi rancangan. Dia berdiri dan memegang tangan Haikal. Haikal menolak keras tangannya.
"Aku mengaku aku sukakan Syaza dari dulu lagi. Walaupun kami hanya sempat berbual dua tiga kali, aku jatuh hati dengan kebaikan dan keikhlasan hatinya. Bila Nazrin tahu, semakin dia benci aku sebab dia pun sukakan Syaza. Aku berjanji untuk merampas Syaza darinya tapi takdir tidak menyebelahi. Aku terpaksa berpindah. Namun selepas sembilan tahun, rasa cinta itu masih ada,"
"Aku gembira dapat berjumpa dengan Syaza semula, tapi lepas mengetahui pengalaman mereka berdua akibat kau, aku rela mengalah. Aku tak sanggup nak pisahkan mereka lagi. Lagipun, aku tahu Syaza mencintai Nazrin walaupun dia fikir Nazrin yang menyeksanya selama ini. Aku tak fikir Syaza akan mencintai aku lebih daripada cintanya pada Nazrin. Maaf, aku tak boleh tolong kau. Aku tak mahu guna cara kotor macam kau!" Haikal turut keluar dari bilik itu, meninggalkan Shahida seorang diri. Shahida terduduk lagi. Kekalahan menjadi miliknya kini...

0 ulasan:
Catat Ulasan