BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Mac 2010

BAB 7 - CINTA ITU MILIK KITA

"Syaza, awak mahu pergi mana tu?" tanya Nazrin menghampiri Syaza dan Shida. Syaza yang sudah melangkah untuk pulang berhenti.

"Saya nak pulang encik. Saya dah letih ni," kata Syaza. Dia tidak berani merenung mata Nazrin. Takut perasaannya tidak dapat dikawal.
"Awalnya. Kenapa nak balik awal sangat?" tanya Nazrin lagi. Syaza terdiam. Panggilan aku kau sudah bertukar saya awak. Nazrin memanng pandai berlakon tapi dia perasan wajah Shida sudah berubah. Cemburu barangkali. Tapi memang hak Shida untuk cemburu. Nazrin adalah bakal tunangnya.

"Saya tak berapa sihat ni. Saya pergi dulu," kata Syaza lalu mula melangkah namun langkahnya terhenti apabila Nazrin memegang kejap tangannya. Syaza cemas.

"Awak tak sihat? Biar saya hantar awak balik?" kata Nazrin tanpa melepaskan tangan Syaza. Syaza memandang Shida. Sekarang wajah Shida benar-benar berubah. 'Kan kau benci aku, kenapa nak amik berat! Tolong jangan berlakon lagi,' marah Syaza dalam hati.

"Tak payah. Saya boleh balik sendiri, encik"

"Mana boleh awak tak boleh balik seorang, Syaza. Bahaya!"

"Tak payah risau. Aku yang akan hantar Syaza. Kau tak payah risau," Haikal mencelah. Dia merentap tangan Syaza dari tangan Nazrin. Mereka bertentang mata. Tajam. Syaza dapat merasakan aura yang tidak baik.

"Err.. Ye, kami pergi dulu," kata Syaza lalu melangkah.

"Syaza!! Nanti dulu!" Syaza mendegar suara Nazrin betul-betul dibelakangnya, tetapi dia tidak peduli. Dia terus melangkah. Tiba-tiba Syaza merasakan ada tangan yang menolak tubuhnya. Syaza hilang kawalan. Syaza meerasakan tubuhnya melayang lalu terjatuh ke dalam kolam renang. Syaza terkapai-kapai. Dia tidak pandai berenang. Badannya kesejukan dan atanya berbalam-balam. Akhirnya pandangannya gelap....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dia membuka matanya pelahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Apabila membuka matanya, wajah Shida muncul dihadapannya.

"Syukurlah awak dah selamat. Terkejut saya apabila tiba-tiba je awak terjatuh dalam kolam," kata Shida sambil menggengam tangan Syaza. Syaza hanya diam. Dia merenung sekeliling. Dia berada di atas katil di dalam bilik yang mewah. Dia mengagak ini kamar tetamu di rumah Dato' Hisham. Dia memandang pula tubuhnya yang sudah bertukar pakaiannya. Siapa yang menukar pakaiannya? Tentu Shida.

Dia cuba mengingati kejadian itu. 'Tangan itu! Ada tangan yang menolaknya. Tapi siapa? Siapa yang sanggup menolaknya? Nazrin! Nazrin saja yang berani menolaknya. Dendam Nazrin tidak pernah padam. Kenapa? kenapa?!' jerit Syaza dalam hati.

"Biar saya ambil sup ayam. Tentu awak sejuk, kan? Tunggu saya," kata Shida lalu menghilang di balik pintu. Syaza menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Menangisi nasibnya dibenci oleh orang yang dicintai. Sampai hati kau Nazrin!

"Macam mana keadaan kau? Dah baik?" suara Nazrin kedengaran. Syaza tersentak. Serentak itu dia bangun dari katil lalu menyarungkan tudungnya. Terhuyung-hayang badannya akibat badannya masih lemah. Nazrin segera menyambut Syaza.

"Lepaslah," kata Syaza lalu menjauhkan dirinya daripada Nazrin. Dia benci Nazrin! Benci!

"Saya tahu encik yang tolak saya ke dalam kolam, kan? Kenapa encik benci sangat dengan saya?!" jerit Syaza sedilit lantang. Air mata yang sedari tadi ditahan menitis dipipinya.

"Apa maksud kau ni? Aku tak faham," kata Nazrin kehairanan. Syaza mencebik. Nampaknya panggilan aku kau sudah kembali bila tiada orang disisi.

"jangan berlakon lagi! Biasanya encik berlakon dihadapan orang ramai tapi tidak saya. Encik memang nak saya mati ke? Saya tak sangka encik sanggup buat begini dekat saya," kata Syaza. Tangisannya sudah kering. Dia memukul-mukul bahu Nazrin. Dia betul-betul sakit hati dan tak mampu lagi menahan semuanya. Dia mahu lepaskannya semua hari ini.

"Apa maksud kau ada orang tolak kau? Kau jatuh sendirilah'" kata Nazrin sambil mencengkam tangan Syaza. Rimas dia melihat tangan halus itu bergerak-gerak.

"Saya boleh rasa. Ada tangan yang menolak saya dengan sengaja dan orang itu pasti encik. Encik ada dibelakang saya pada waktu itu. Encik juga bencikan saya!" jerit Syaza. Hilang semua kesantunan yang dimiliki selama ini.

"Kenapa dengan kamu ni? Lepas jatuh dalam kolam terus jadi tak betul?!" Nazrin mula membahang.

"Kenapa encik benci sangat dengan saya? Kan saya dah kata bukan saya yang adu kat Cikgu Idris pasal encik mabuk dan pergi kelab malam. memang saya ada terserempak dengan encik dalam keadaan mabuk tapi tak bermakna saya yang beritahu. Encik kan cerdik. Tentu encik boleh fikir. Tapi encik tak fikir! Encik tuduh saya, encik seksa saya. Dulu saya dah cukup terseksa, encik tak puas hati lagi ke?" kata-kata Syaza semakin kasar.

"Sepatutnya aku yang tanya kau macam tu. Aku yang terseksa disebabkan kau. Aku cuma mahu kau rasa, apa yang aku rasa. Kau yang minta semua itu!" tengking Nazrin. Syaza kecut perut tetapi amarah lebih menguasai dirinya.

"Apa yang saya buat pada encik sampai encik buat begini pada saya? Encik tak ada hak untuk seksa saya di atas sesuatu yang saya tidak lakukan. Encik ego!" Syaza membalas tengkingan Nazrin.

"Kau yang ego! Dulu aku sedar. Walaupun kau bersalah tapi aku keterlaluan pada kau. Aku berhenti malah aku mintak maaf lagi. tapi kau, kau tak serik-serik! Kau sebarkan pulak gambar aku masa mabuk kat sekolah. Semua budak-budak sekolah tahu. Habis reputasi aku. Lepas tu, selamba je kau blah dari sekolah tu! tengking Nazrin. Syaza terpana. Dia terdiam seketika. Selepas itu marahnya marak kembali.

"Bila pulak encik minta maaf dengan saya? Encik kata encik berhenti kenakan saya tetapi itu semua tipu. Seminggu sebelum saya pindah, semakin menjadi-jadi encik kenakan saya. Letak gam atas kerusilah. Habis koyak baju baru saya. Encik tahu tak, lama dah saya tunggu baju sekolah baru tapi encik rosakkannya. Mungkin bagi encik baju itu tidak bernilai, tapi bagi saya baju itu bernilai. Saya tidak kaya macam encik. Bukan itu aja, encik juga koyakkan buku saya, sembunyikan kasut saya, simbah cat kat beg sekolah saya, hantar surat yang mencaci saya dan macam-macam lagi. Jadi itu maksud encik yang encik dah sedar?!" Syaza menolak Nazrin. Hampir jatuh Nazrin dibuatnya.

"Bukan aku larh yang buat semua tu. Aku tak kejam macam kau!" jerit Nazrin sambil mencengkam bahu Syaza.

"Kan saya dah kata, bukan saya! takkan encik tak faham-faham. Sakitlah!" Syaza cuba melepaskan cengkaman Nazrin dibahunya tetapi tidak berjaya.

"Tidak! Kau memang patut diajar!" tengking Nazrin. Dia memperketatkan cengkamannya pada bahu Syaza. Syaza terjerit kecil.

"Lepaskan Syaza. Betul apa yang dia kata tu. Bukan dia yang adu kat Cikgu Idris pasal kau," Haikal tiba-tiba muncul lalu menolak Nazrin. Nazrin terduduk dilantai.

"Hei!! Siapa kau nak tolak and tengking aku hah?!! Kau tu tak tahu apa-apa, janganlah nak menyibuk!" Nazrin bangun dan berdepan dengan Haikal. Mukanya merah padam.

"Aku tahu siapa yang adu pada Cikgu Idris waktu itu. Aku juga tahu siapa yang mengedarkan gambar waktu kau mabuk. Orang itu pasti bukannya Syaza," kata Haikal dengan tenang. Syaza terpana.

"Awa..awak.. tahu, siapa sebenarnya orang itu? Siapa?!" tanya Syaza tidak sabar

"Jangan berlagak tahu. Kau sebenarnya tak tahu apa-apa pun!" tengking Nazrin. Mujur bilik tetamu itu terpencil sedikit. Kalau tidak pasti semua orang boleh dengar pertengkaran mereka.

"Kau sebenarnya tak tahu apa-apa. Kau bodoh! Ditipu hidup-hidup pun tak perasan," suara Haikal mula meninggi.

"Berani kau," kata Nazrin lalu meluru ke arah Haikal. Mahu ditumbuknya wajah tampan Haikal tetapi langkahnya terhenti apabila Syaza menghalang mengunakan tubuhnya.

"Sabar encik. Jangan diturutkan hati. Saya memang tidak bersalah. Jadi saya nak dengar penjelasan Haikal. Boleh kan?" tanya Syaza lembut. Dia harus berbuat begitu untuk menenangkan Nazrin. Nazrin yang mendengar meraup mukanya.

"Baiklah. Cepatlah cerita!" kata Nazrin lalu duduk di atas sofa yang memang sedia ada di dalam bilik tetamu yang mewah itu. Syaza dan haikal juga duduk di atas sofa yang berdekatan.

"Begini. Pada waktu itu, aku mahu berjumpa dengan pengetua," kata Haikal memulakan bicara.

"Kenapa kau nak jumpa dengan pengetua?" tanya Nazrin bosan. Dia seperti tidak berminat untuk mendengar cerita Haikal. Dia hanya ingin bermain-main. Haikal yang sedang bercerita menjeling tajam ke arah Nazrin.

"Boleh tak kau biarkan aku habis cerita dulu?!" tanya haikal geram. Nazrin tersenyum sinis.

"Aku mahu bertemu dengan pengetua kerana aku nak hantar borang pindah sekolah. Tapi waktu itu sudah petang dan semua pelajar sudah balik. Pengetua pun sudah balik. Jadi aku pergilah ke bilik guru. Manalah tahu masih ada guru yang tinggal. Nasib aku baik, Cikhu Idris tak balik lagi. Tapi sewaktu aku mahu berjumpa dengan Cikgu Idris, ada seorang pelajar perempuan ni terlebih dahulu berjumpa dengannya," cerita Haikal. Nazrin mengangkat keningnya. Mula menunjukkan minatnya terhadap kisah yang di ceritakan oleh Haikal.

"Secara lansung, aku terdengar perbualan diaorang. Yalah, waktu itu tiada orang lain dibilik guru. Budak perempuan itu cerita kat Cikgu Idris tentang perangai kau yang suka pergi ke kelab malam dan minum arak sampai mabuk. Kau juga suka berfoya-foya dengan perempuan kat kelab malam. Pada mulanya Cikgu Idris tak percaya, tetapi dia akhirnya percaya bila budak perempuan itu tunjukkan gambar sebagai bukti. Terus dia meradang tapi budak perempuan itu minta Cikgu Idris rahsiakan dari semua orag termasuklah pengetua. Katanya, Nazrin dan papanya pasti akan mencari pengadunya. Jadi Cikgu Idris berjanji. Lepas tu, budak perempuan tu pun blar," kata Haikal mengakhiri ceritanya.

"Siapa budak perempuan itu?" tanya Syaza tidak sabar.

"Kalau aku bagi tahu, pasti korang semua terkejut. Budak perempuan itu adalah.... Nurul Shahida merangkap tunang kau dan rakan baik Syaza!" kata Haikal bagai hilintar membelah tubuhnya. Dia tidah percaya!

"Kau jangan nak main-main dengan aku Haikal. Tidak mungkin Shahida dalangnya!" tengking Nazrin.

"Ya, Shida kawan baik saya. Dia yang selalu memujuk saya apabila Nazrin kenakan saya. Tidak mungkin dia yang lakukan semua ini. Apa motifnya!" marah Syaza pula.

"Kau kawan baik Shida? tapi aku tak pernah pun nampak kau bersama dengannya," tanya Nazrin kehairanan.

"Encik tak pernah manpak kami berdua sebab kami berdua bersama selepas sekolah. Kat sekolah kita pun hanya dua tiga orang je yang tahu kami ini kawan baik," jawab Syaza

"Sebenarnya aku tidak tahu apa motifnya mengadu kat Cikgu Idris tapi sekarang aku dah tahu selepas aku terdengar pebualan antara kau dengan Syaza. Aku rasa dia nak korang berdua saling membenci," Haikal membuat andaian. Nazrin bingkas bangun.

"Kau jangan nak mengarut," marah Nazrin. Syaza terdiam. Dia tidak mahu pencaya tetapi dia berasa ragu-ragu. Adakah dia tidak percaya akan sahabat karibnya sendiri, Shida?

"Kalau kau dan Syaza tak percaya, tanya sendiri pada dia. Dengar apa jawapannya," cadang Haikal.

"Baik. Aku akan tanya Shida sendiri," kata Nazrin lalu mula melangkah untuk keluar. Syaza menghalang.

"Lebih baik saya dan Haikal yang tanya dia. Encik sembunyi di tepi almari itu dan dengar saja perbualan kami,"

"
Kenapa pula?!" marah Nazrin.

"Tolong! Sekali ni je ikut cadangan saya. Lepas ini Shida akan sampai ke sini. Saya tak mahu dia nampak encik di sini," rayu Syaza. nazrin mendengus kasar lalu menyembunyikan tubuhnya disebalik almari yang besar.

Syaza mengeluh...

0 ulasan: